23 December 2011

Adakah Aku terlambat 12

  Zariff tidak dapat melelapkan matanya. Di mindanya kini hanya ada nama Nabila,Nabila dan Nabila. Serius aku memang tengah jatuh cinta gila-gila kat dia. Bisik hati Zariff.

"Abang!" Zana menepuk bahu Zariff. Tersentak Zariff dibuatnya.

"Oh, Zana." ujar Zariff lalu meraup wajahnya.

"Abang termenungkan apa tadi?"soal Zana. Dari tadi dia lihat abangnya itu termenung sendirian.

"Mana ada. Abang mengantuk ni. Abang nak tidur. " balas Zariff cuba mengelak dari memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu Zana risaukan keadaanya yang sedang mengejar cinta Nabila. Dia tidak mahu Zana masuk campur.

"Okeylah. Good night." lalu Zana keluar dari bilik abangnya itu.

***

"Morning Nabila." ucap Puan Roshayati dengan penuh girang. Kenapa dengan ibu hari ini? Seronok semacam je.

"Morning ibu. Papa mana?" soal aku sejurus minum air susu yang berada aku ambil di dalam peti sejuk.

"Papa ada kat luar. Tengah bagi ikan-ikan peliharaan dia makan." jawab Puan Roshayati.

"Pelik pula. Hari ini bukankah hari Isnin. Papa tak kerja ke ibu?" soal aku. Kenapa papa boleh ada kat rumah hari Isnin ni?

"Papa cuti hari ini. Ada tetamu nak datang rumah." balas Puan Roshayati.

Tetamu? Mesti orang penting. Sampai papa ambil cuti. Siapalah agaknya. Lantas aku melangkah naik semula ke tingkat atas. Apa lagi? Sambung tidurlah.. Ha ha..

***

TING TONG!! Loceng rumah berbunyi membuatkan aku terjaga dari tidur. Bukan sekali loceng berbunyi. Sekarang dah masuk tiga kali. Naik bingit telinga aku dibuatnya. Lantas aku membuka langkah dengan penuh malas lalu mencapai tudung dan disarungkan ke muka.

"Nabila! Buka pintu kejap. Ibu nak salin pakaian." jerit Puan Roshayati. Aik? Kenapa sampai kena salin pakaian segala bagai. Siapa yang datang? Aku membuka pintu perlahan-lahan.

"Nabila! Auntie really miss you, honey!" Puan Haslinda memeluk tubuhku sebaik sahaja pintu dibuka. Tanpa aku sedari, aku menitiskan air mata. Aku juga amat merindui auntie Linda.


Hakim bersalaman dengan papa. Ibu juga turut memeluk auntie Linda. Masing-masing macam baru jumpa kenalan lama. Bukan macam. Memang kenalan lama pun.

"Nabila, pergi ambil minuman kat dapur." arah ibu dengan membisik ke telingaku.

Aku menuruti kata-kata ibu dan mengatur langkah ke dapur. Patutlah papa sanggup cuti kerja. Rupa-rupanya nak jumpa dengan keluarga Hakim. Boleh pula, ibu dan papa berahsia dengan aku! Getus aku.

Aku membancuh nescafe dan air teh untuk tetamu yang hadir. Aku tahu Uncle Zul dan papa sukakan nescafe panas. Setelah air siap aku bancuh, lantas aku membawa dulang yang diisi gelas kosong dan dua jag air. Aku mengatur langkah dengan berhati-hati. Karang tertumpah, buat malu aje.

"Boleh ke bawak sorang-sorang?" soal Hakim yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Kus semangat. Nasib baik tak terjatuh dulang ini. Mamat ni memang sengal betul.

"Boleh je. Kau jangan ganggu aku boleh tak? Nasib baik tak terjatuh minuman atas dulang ni." getus aku.

Hakim terdiam seribu bahasa setelah mendengar apa yang telah aku katakan. Aku sendiri tidak sedar bahawa kata-kata aku ini boleh membuatkan dia terdiam sebegitu. Serba-salah juga aku dibuatnya. Ibu berbual dengan auntie Linda. Papa pula berborak dengan Uncle Zul. Aku? Serius tak tahu nak cakap apa dengan Hakim. Lebih baik aku melayari facebook. Boleh juga main games The Sims Social. Best juga games tu. Hi hi.

"Nabila! Kamu nak ke mana?" soal Puan Roshayati sebaik sahaja aku hendak naik ke tingkat atas.

"Nabila nak naik bilik jap." balas aku. Lantas aku meneruskan langkah.

***

Tok tok tok..

   Aku tersentak mendengar pintu bilik diketuk berkali-kali. Kacau-daun betul. Aku tengah syok-syok main game ni! Lantas aku membuka pintu bilik.

"Family Hakim dah nak balik. Pergilah salam dengan auntie Linda tu." beritahu Puan Roshayati. Aku berjalan mengikuti belakang ibu.

"Auntie balik dulu sayang.." Puan Haslinda memeluk tubuhku.

  Aku hanya memandang Hakim dari jauh. Kami langsung tak becakap sepatah perkataan setelah kejadian di dapur tadi. Kenapa lidah aku begitu kelu? Hatiku menjadi pilu apabila melihat mereka sekeluarga sudah masuk ke dalam kereta. Aku membalas lambaian terhadap auntie Linda dan menggariskan senyuman.

"Nabila, papa nak sikit dengan kamu." kata papa. Serius bunyinya.

  Papa duduk di sofa bersebelahan dengan ibu. Aku hanya berdiri sambil memikirkan apa yang hendak papa sampaikan.

"Duduk." arah papa. Apasal serius je muka parents aku ni? Seram aku dibuatnya. Aku duduk di hadapan papa.

"Ada apa papa?" aku menyoal.

"Umur Nabila dah masuk 25 tahun. So.." kata-kata papa termati. Papa memandang ke arah ibu. Lantas ibu tersenyum. Yang aku tak faham sekarang ini.. Bahasa apa mereka guna sekarang ini? Kenapa ibu tiba-tiba tersenyum? Adess.. Lain macam je ni..

"So.. Bila Nabila nak kahwin?" sambung ibu.

Hah?? Kahwin? Apa benda kahwin-kahwin ni? Apa kaitan kahwin dengan aku? Aduh! Bodoh betul kau ni Nabila.. Mestilah ada kaitan. Umur kau sekarang dah cecah 25 tahun. Orang kata umur 25 tahun ni dah layak kahwin. Bagi normal pun, sepatutnya dah ada seorang anak. Aduh! Apa aku fikir ni? Aku tak pernah sekalipun berfikir nak kahwin. Bercinta apatah lagi.

"Nabila? Dengar tak apa yang ibu tanya?" soal ibu. Mataku terkebil-kebil.

"De..dengar.. Habis tu?" balas aku tergagap-gagap.

"Papa dan Uncle Zul cadang nak pasangkan Nabila dengan Hakim. Macam mana?" cadang papa.

"Papa! Apa ni.. Tak sukalah macam ni." ujar aku tidak berpuas hati. Ya. Aku memang pernah cintakan Hakim. Tapi, aku tak rasa Hakim akan setuju dengan cadangan ini. Aku.. Aku tak pasti! Aku takut. Aku tak nak kahwin!! Jerit hatiku.

"Tak suka? Hakim sendiri yang cakap dengan ibu, yang dia cintakan kamu. Dia tak nak kamu terlepas ke tangan lelaki lain. Dia nak bahagiakan kamu untuk selama-lamanya." jelas ibu panjang lebar. Hatiku cukup tersentuh. Benar ke Hakim berkata sedemikian? Tetapi, kenapa dia tak berterus-terang dengan aku? Kenapa dia mesti ceritakan dekat ibu? Salah ke kalau dia beritahu aje terus dekat aku? Arghh.. Terlalu banyak tanda tanya yang berlegar-legar di fikiran ku tika ini. Aku meraup muka berkali-kali.

"Nabila? Are you okay?" soal ibu. Iyalah, ibu mana tak risaukan anaknya kalau melihat keadaan yang seperti ini.

"Sorry. Give me time to think about this." balas aku. Ya. Aku rasa lebih baik aku fikirkan lagi tentang hal ini. Hatiku benar-benar bercelaru sekarang. Lebih baik aku mengambil wuduk untuk menenangkan fikiranku yang kusut ini.

No comments: