01 November 2011

Adakah Aku Terlambat 6

  Aku betul-betul tak tahu apa perasaan aku sebenarnya. Kadang-kadang aku sendiri keliru. Cinta? Ha!Ha! Tak mungkin! Aku berasa gembira sekali setelah berjumpa dengan dia. Tapi, adakah dia mempunyai perasaan yang sama terhadapku? Oh ya! Korang mesti nak tahu jugak kan? Tentang siapakah gerangan jejaka hensem yang aku jumpa kat restoran  semalam? Actually, yang datang semalam Hakim. Dia dah banyak berubah. Dulu dia tu sama tinggi dengan aku. Tak kot.. Pendek lagi. Sekarang dah tinggi sayup! Memang dia banyak berubah. Siap ada sedikit janggut. Patutlah aku tak berapa nak cam.. Hmm... Tapi kitorang macam orang yang baru aje kenal. Langsung tak banyak cakap. Kadang-kadang aku rasa nak marah jugak kat mulut aku nih! Apesal aku takut sangat nak borak macam dulu-dulu? Hmm.. And yang aku paling sedih, dia memang betul-betul bertunang dengan Damia.  Kalau mereka memang ditakdirkan bersama, nak buat macam mana,kan? Redha lah dengan ketentuan Allah S.W.T.. Sedihnya aku...


Handphone aku berdering dengan nada 'Back to December' membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku memandang pada skrin telefon. Hanya nombor sahaja yang tertera.. Angkat ajelah. Mana tahu kot-kot penting.

"Hello.." aku jawab dengan nada yang malas.

"Hello..Bieyla ke ni?" kedengaran suara lelaki di panggilan tersebut.

"Hmm..Ye..Sape nih?" soal aku. Malas aku nak borak dengan orang yang dikenali.

"Awak apa khabar?" tetiba lak tanya aku apa khabar? Dia tuh dahlah nombor sesat entah siapa. Aku tanya siapa, tak berjawab. Hishhh!!!

"Sape nih!" aku menaikkan sedikit nada.

"Hakim.." habis gugur jantung aku! Dub! Dab! Dub! Dab! Hakim??

"Sape nih?"aku bertanya sekali lagi untuk mengetahui kepastian sama ada benar atau tidak insan yang menelefon aku sekarang ini adakah seseorang yang aku rindukan selama ini.

"Hakim Yusuf bin Zulkiflie.." Ambik kau!Siap nama panjang Hakim menyebutkan namanya. Hatiku berbunga tak terhingga kerana akhirnya Hakim menelefon aku.

"Oh.." Namun respon aku hanyalah nada yang bersahaja. Aku takut over-excited ! Hu hu..

"Kau buat apa? Mama aku kirim salam kat family kau." ujar Hakim.

"Wa'alaikumsalam. Nanti akan aku sampaikan. Aku tengah cari kerja..He he.." balas aku.

"Ooo.." balas Hakim pula. Suasana menjadi sunyi. Entah apa topik aku nak kongsikan pada Hakim. Blank otak aku.

"Serius kau dah bertunang?" Alamak! Apesal aku pergi tanya soalan macam nih! Kang tak pasal-pasal Hakim taknak call aku lagi lepas ni..

"Hmm..." balas Hakim.

Hmm?? Mengeluh je?

"Okay lah.. Aku ada banyak kerja lagi. Nak kena design for customer pulak. Assalamualaikum." tanpa sempat aku menjawab salam Hakim. Hakim sudahpun meletakkan ganggang telefon.

Hishhhh!!! At least, bagilah aku jawab salam! Tak guna!! Apa kau ingat aku nak jelous ke? Apa kau ingat Damia tuh baguih sangat?? Panasnya hati aku!! Apesal aku emo tak tentu pasal ni?

Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering sekali lagi. Aku mengangkat tanpa melihat pada skrin telefon.Mesti Hakim yang call.. Desis hati aku.

"Hello! Kau nak apa!" Aku menjawab dengan nada yang memang nak marah!

"Hello..Nabila..? Kau okay?" kali ini bukan Hakim yang call. Tetapi Zarif ler.. Patutlah aku dengar lain macam je suara. Selepas aku melihat nama yang ada pada skrin telefon aku, barulah aku menyedari. Zarif rupanya. Tak pasal-pasal aku marah kat dia.

"Oh! Kau Zarif.. Aku ingatkan sape lah tadi..Aku mintak maaf, okay?" serba-salah pulak aku dibuatnya. Malu pun ada! He he..

"Apasal? Kau ingat sape?" soal Zarif.

"Takde pape lah..Lupakan saja." Malaslah aku nak berbahas tentang Hakim. Aku nak lupakan perasaan  yang telah aku pendamkan selama 2 tahun. Sakitnya hati aku..!

"Hmm..Esok kita jalan-jalan nak? Kau ajak lah Arifah. Aku rindu lah kat dia." ujar Zarif.

"Ha ha..Rindu? Apalah kau ni..Cakap ajelah terus-terang kau sukakan Rifah, kan?" aku menyakat Zarif.

"Ehh..! Takdelah..Aku just nak buat kau jelous..Tapi nampaknya.. Kau macam takde respon..Hmm..Kau memang takde sedikit perasaan kat aku ke?"

Apa punya soalan! Aku dahlah tengah panas dengan Hakim. Kau boleh tanya soalan yang merapu pulak wahai Zarif..

"Zarif! Enough! Kau macam tak kenal aku. Aku tak mahu persahabatan kita musnah kalau aku jatuh cinta pada seorang kawan baik aku." jawab aku dengan penuh lemah-lembut. Aku takut kalau aku terus bertegas, akan menimbulkan masalah lain pula. Naya aku..Macam apa dah terjadi antara aku dengan Hakim. Hakim? Dah-dah! Jangan disebut nama dia!

"Hmm..Okay lah..Tapi kau nak tak keluar jalan-jalan esok? Aku nak ajak sepupu aku jugak. Dia baru aje putus cinta..Manalah tahu kot-kot dia tuh berjodoh dengan kau..He he.." giliran Zarif pula menyakat Nabila.

"Ewah-ewah..Sesedap mulut kau aje cakap aku punya jodoh. Aku sepak karang!" Aish..Dah lama aku tak guna pakai ayat tu..Nak aktifkan baliklah..Ha ha..

"Aku pun bosan gak duk kat rumah nih.. Esok aku ajak Rifah and two my friends. Nadiah and Mimi." 


***


    Zarif tersenyum sendirian di dalam biliknya. Dia mengenangkan waktu pertama kali dia berjumpa dengan aku di New Zealend. Dia mula berkenalan dengan aku tika aku sedang termenung sendirian di dalam kelas.

"Hai.." Zarif duduk di hadapan meja aku. Namun, aku hanya buat tidak endah. Hmm...Kenapa dengan dia nih? Bisik hati Zarif.

"Hello...." Zarif melambai-lambai tangan di depan muka aku.

Akhirnya aku memberikan sedikit senyuman kepada Zarif. Kesian pulak tengok Zarif yang bersungguh-sungguh.

"Senyum pun dia nih.." ujar Zarif.

"Hai.. Saya Zarif Hakimi. Awak budak baru ke?" soal Zarif kepada aku. Aku sedikit tertarik dengan namanya.

"Zarif Hakimi?" aku mengangkat sedikit kening.

"Yup!" pantas Zarif mengangguk-angguk.

"Kenapa?" soal Zarif lagi.

"Takde pape.. Saya memang student baru. " balas aku. Aku tersenyum lagi.

"Cantik je kalau awak senyum. Daripada tengok rupa buruk awak tadi." Zarif tersengih-sengih.

Rupa aku buruk ke tadi? Hishhh..Kurang asam punya orang.!

"Awak dah tahu nama saya, so apa nama awak?" tanya Zarif.

"Nabila. Nur Nabila Zuhud bt. Umar."

"Oh.." Zarif mengangguk-angguk lagi.

"Zarif! Dah-dahlah mengorat budak baru tuh.. Aku dah lapar nih..!" jerit seorang perempuan yang memang cantik orangnya. Pelajar dari Malaysia juga, dan kini menjadi salah satu kawan karib aku, Nurul Arifah.

"Aku bukan mengorat.. Aku cuma nak berkenalan..Apalah kau nih Rifah.." balas Zarif. Aku mengerutkan dahi. Lalu menggeleng-geleng kepala.

"Nama dia, Nurul Arifah. Kalau Nabila ada apa-apa masalah. Nabila cerita aje kat dia. Dia dulu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kat sekolah. Ha ha.." ujar Zarif lagi.

"Woit! Nih apa kes sampai pergi cerita aku PRS???" Arifah memukul Zarif dengan fail yang ada dipegangnya.

"Adeh..Dah aku tengok dia cam ada masalah. Kau kan pandai bab memberi nasihat." balas Zarif.

"Nama awak Nabila?  Saya Arifah." Arifah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku. Aku menyambut salamnya itu.

"Saya bukannya pandai sangat menasihati orang. Saya memang PRS.. Tapi bukan Pembimbing Rakan Sebaya tetapi.. Pemusnah rakan sebaya adalah.. " jelas Arifah kepada aku dan menyebabkan kami seraya ketawa.

"Hah.. Kan cantik senyum macam tuh..Jom-jom pergi makan!" pelawa Zarif.

Bingkas aku bangun dari tempat duduk dan mengikuti Arifah dan Zarif dari belakang.

     Aku menyisip jus oren sambil melihat ke arah sepasang kekasih yang sedang bergaduh. Lumrah hidup. Mestilah ada yang baik dan ada yang tak baik. Hmm.. Zarif dan Arifah pergi order makanan. Aku takde selera nak makan.

"GAHH!!"

"Hakim!" Segera aku menoleh ke belakang. Opss...! Zarif lah.. Aku silap orang.

"Hakim? My name Zarif Hakimi. Kenapa awak panggil Hakim?" soal Zarif yang mengerutkan dahinya.

Macam mana ni? Aku kan datang belajar jauh-jauh nak lupakan perasaan aku terhadap Hakim.

"Oh. Takde apa-apa lah..Tersasul nama orang lain.." balas aku dengan memberikan senyuman kepada Zarif.

"Hmm..By the way..Siapa Hakim? Mesti orang istimewa bagi awak,kan?" soal Arifah pula.

Istimewa? I don't think so..


"Takdela..Kawan baik kat Malaysia.." jawab aku lalu menyisip jus oren yang berada di atas meja.

Arifah hanya mengangguk-angguk.

Dalam keadaan yang begitu kalut. Tidak sengaja aku menumpahkan jus oren ke kemeja Zarif.

"Alamak! Hakim.. Sorry-sorry.." Aku membersihkan kemeja Zarif dengan sapu tangan yang memang sering aku bawanya bersama.

Zarif dan Arifah mengerutkan dahi..Hairan aku dibuatnya. Pelik sangat ke?

"Look..! Nabila, awak memang rindukan Hakim, ke?" tanya Arifah kepada aku.

Hahh??Kenapa tetiba tanya soalan macam tu?Dahiku mengerut.

"Kenapa ya?" tanya aku pula.

"Awak perasan tak, awak sebut nama Hakim lagi.." jelas Arifah.

WHAT?? Parah..! Apesal aku boleh tersasul nama Hakim lagi? Aku hanya mendiamkan diri. Mulutku terus dizipkan. Sebenarnya, aku menahan sahaja mataku yang memang dah panas ni. Tahan-tahan. Don't cry Nabila.. Aku cuba menenangkan diri..

Zarif hanya menggeleng-geleng kepala.

Aku berpisah dengan Arifah dan Zarif setelah selesai makan tengahari bersama.

***

   Zarif termenung sendirian. Dia dapat memahami bahawa Nabila pasti ada masalah. Fikiran Zarif bercelaru kerana setiap kali dia melihat Nabila, hatinya pasti tidak tenteram. Hatinya bergetar begitu laju. Dia sedar bahawa dia menyintai Nabila. Namun dipendamkan sahaja perasaan itu. Dia masih berfikir siapakah Hakim yang disebutkan oleh Nabila tika kali pertama mereka berkenalan. Selama mereka berdua berkawan, Nabila masih tidak menceritakan mengenai Hakim kepadanya. Apabila Zarif menanyakan kepada Arifah. Jawapan yang diterimanya, Hakim adalah kawan baik Nabila dari kecil. Tapi hati Zarif benar-benar pasti, insan yang bernama Hakimlah menyebabkan Nabila langsung tidak tertarik dengan semua lelaki yang meminatinya.

Malam yang dingin membuatkan Zarif serta-merta menarik selimut yang berada di sebelah kanannya.

"Sejukkkk..." bisik Zarif.

"Assalamualaikum..!" sapa sepupu Zarif .

"Oh.. Kau, Hakim. Wa'alaikumsalam.." balas Zarif.

"Yang kau termenung dari tadi tu, kenapa? Teringat kat makwe ke?" soal Hakim.

"Takdela..Aku still single.." jawab Zarif yang tersengih-sengih..

Oh, ya! Nama sepupu aku Hakim jugak. Jangan-jangan sepupu aku kenal dengan Nabila, bisik hati Zarif.

"Hakim! Aku nak tanya something." jelas Zarif yang menatap tajam ke dalam anak mata Hakim.

"Apa? Tanya ler.." balas Hakim.

"Kau kenal tak Nabila?" tanya Zarif kepada Hakim.

"Nabila? Nabila mana satu? Maklumla.. Aku kan ramai peminat dan satu lagi, nama Nabila banyak dalam dunia ni.."jawab Hakim dengan cool sahaja.

"Means..Nabila Zuhud. Kau kenal?" soal Zarif lagi.

Hakim membulatkan kedua-dua belah matanya. 'Apa pulak tak kenal. Of course I know her', hati Hakim menjawab soalan Zarif.

"Apa maksud kau? Kau kenal Nabila?" soal Hakim pula.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau kenal atau tak dengan wanita yang bernama Nur Nabila Zuhud?" soal Zarif dengan bersungguh-sungguh.

"Iye..Aku kenal. Tapi itu dulu. Semenjak dia baru pulang dari New Zealend, aku baru jumpa sekali." jawab Hakim yang langsung tidak serius. Matanya hanya menonton kartun Ben 10.

"Kau tiada apa-apa perasaan kat Nabila?" soal Zarif lagi.

Hakim mengangkat sebelah keningnya. Apahal pulak dengan Zarif ni? Perasaan? Perasaan apa? Cinta? Tak agaknya. CHOPP!! Zarif kenal Nabila ke?

"Wait..! Kau kenal Nabila?" soal Hakim pula dengan menghiraukan pertanyaan Zarif sebentar tadi.

Zarif mengangguk-angguk.

No comments: