04 November 2011

Adakah Aku Terlambat 11

11

  Aku mengenakan blaus dan skirt labuh untuk bertemu dengan Zana di taman pada petang ini. Amende la yang Zana nak cakap kat aku..

"Akak! Sini.." Zana melambai-lambai ke arahku. Lantas aku melangkah ke arah Zana.

"Assalamualaikum." aku memulakan bicara.

"Wa'alaikumussalam. Akak, Zana minta maaf sangat-sangat kalau Zana mengganggu masa akak." ujar Zana.

"Eh, takpe.. Hmm.. Zana jumpa akak nih ada apa ya?" aku menyoal.

"Hmm.. Zana bukan nak menyibuk atau apa. Tapi.. Zana kena beritahu jugak." ujar Zana lagi.

Beritahu apa?? Suspen betul budak ni..

"Beritahu apa,ya?" aku menyoal lagi.

"Hmm.. Abang Zariff sukakan akak." jelas Zana.

Zariff sukakan aku? Itu memang aku dah tahu. Tapi.. Kenapa mesti Zana beritahu juga kepada aku?

"Okey.. Jadi?" balas aku dengan nada seperti biasa.

"Hmm.. Dan akak harus tahu satu hal lagi. Abang Hakim pun sukakan akak."

Mendengar perjelasan kedua dari mulut Zana memang membuatkan aku langsung tidak percaya. Hakim sukakan aku? Itu tak mungkin! Hakim tidak pernah sekalipun menyatakan perasaan cintanya padaku. Kalau Zariff sukakan aku, itu aku percaya. Sebab tiap-tiap malam Zariff menghantar SMS supaya aku membalas cintanya. Tapi Hakim? Hakim langsung tidak pernah sekalipun hantar SMS sebegitu pada aku.

"Akak? Hello..." Zana memanggil nama aku berulang-ulang kali. Astaghfirullahal'azim.. Apa yang aku fikirkan ini? Aku meraup wajahku.

"Zana bukan apa, Zana nak akak berterus-terang. Zana nak akak beritahu kepada mereka berdua siapa orang yang akak sukakan. Zana tak mahu orang yang Zana sayang bergaduh demi seorang perempuan. So..Please kak.." rayu Zana.

   Air mata aku terus mengalir ke pipi. Apa yang aku harus lakukan? Sudahlah mereka berdua itu sepupu.

"Hmm.. Zana sure ke Hakim sukakan akak? Zana silap ni.." aku cuba menafikan tentang apa yang diperkatakan oleh Zana sebentar tadi.

"No! I am serious. Zana baca semua isi dalam diari abang Hakim. Dan semuanya tentang akak. Kalau seorang lelaki asyik teringatkan seorang perempuan. Bukankah lelaki itu sedang jatuh cinta?" jelas Zana.

****

  Kata-kata Zana di restoran petang tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku betul-betul tak sangka bahawa Hakim juga mempunya perasaan yang sama dengan aku. Tapi, kenapa dia.. Arghh.. Fikiranku betul-betul serabut sekarang ini! Aku meraup wajah beberapa kali. Patutkah akuu melukai hati Zariff? Tetapi, hatiku ini hanya ada Hakim.

  Lantas aku mencari nama Nadiah di dalam telefon bimbit.

"Nadiah. I really need you right now." sayu suaraku meminta pertolongan. Hanya Nadiah sahaja yang aku hendak ceritakan.

"Kau kenapa ni Nabila? Are you okay?"

"I am really need you. Esok boleh kita jumpa?" aku mula menyoal. Aku tak boleh ceritakan semuanya di talian. Aku harus berjumpa dengan Nadiah juga. Harus!

"Okay.. Esok aku datang kat rumah kau. Pukul 8 pagi. Kau jangan sedih-sedih. Aku sedia mendengar masalah kau esok. " ujar Nadiah seakan memahami apa yang aku rasakan sekarang ini.

"Thanks. Aku harap sangat kau datang. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam."

***

  Aku menarik lengan Nadiah sebaik sahaja dia meletak kereta di hadapan rumahku.

"Nadiah. Kau kena tolong aku." aku mula bersuara.

"Tolong apa? Semacam aje bunyinya. Kau ada hutang dengan ahlong ke?" sempat lagi Nadiah cuba melawak.

"Uish. Ke situ pulak. Ini soal hati."

"Hati? Hati apa? Hati sape? Kau?" bersemangat betul Nadiah ini.

"Ya! Hati aku, Zariff dan Hakim." jelas aku dengan muka yang serius.

"Hah? Erk.. Kau tahu ajela kan. Aku ini lembab sikit hari ni. Boleh tak kau straight to the point je?" ujar Nadiah sambil tersengih-sengih.

"Semalam Zana, adik Zariff datang jumpa aku. Dia ceritakan segala-galanya. Segala perkara yang aku tak tahu bahawa selama ini..." serius! Aku tak tahu nak teruskan atau tidak kata-kataku ini.

"Selama ini amende??" beria-ia Nadiah ingin mengetahui.

"Hakim sukakan aku juga." jelas aku memberitahu.

Terbuntang mata Nadiah mendengarnya. Itu memang aku dah dapat agak. Aku ni ada sixth sense. Okey! Aku mengarut.

"What? Serius? Baguslah tu.."

"Bagus tengkorak hang! Zariff tu pun sukakan aku. Adik dia suruh aku pilih sorang aje. Dan aku memang bukan seorang yang suka mainkan hati orang lain. I think you know about that. Itu lah masalah sekarang ini." aku mengeluh berat. Sungguh aku sukar untuk membuat keputusan.

  Nadiah memegang bahuku.

"Solat Istikarah." ujar Nadiah.

"What? Masalah sekarang aku bukan nak kahwin atau apa. Ini masalah hati!" gila ke nak suruh aku Istikarah pula. Aku bukan nak kahwin.

"Wei! Kau kena mintak petunjuk dari Allah. Kau ingat istikarah tu untuk kahwin aje ke! Spoil betul kau ni."

Adeh. Sempat lagi kau pukul kepala aku.

"Iya tak ya jugak kan. Tapi.. aku takut.."

"Ya Allah.. Takut amende pulak Nabila oii.." balas Nadiah.

"Aku takut kalau-kalau .. Arghh..." Aku meraup wajah. Boleh jadi pesakit mental kalau lama-lama macam ini!

"Trust to your heart. Kalau kau cintakan Hakim. Go on. Kalau hati kau untuk Hakim dah takde. Aku pun tak boleh nak buat apa-apa." jelas Nadiah. Aku hanya terdiam. Apa yang fikir sekarang ini ialah berdoa kepada Allah. Aku yakin, hanya Dia yang boleh menolong aku ketika ini.