09 October 2011

Adakah Aku Terlambat

Bab 3

    "Awak janji kan? Takkan tinggalkan Nabila?" aku ingin memastikan cinta Luqman terhadapku. Luqman Hakim bin Hisham, adalah first and the last my boyfriend. Nak kata hensem. Hensem kot. Sampai kawan-kawan aku yang lain ucapkan congrat kat aku sebab dapat boyfriend yang top kat kolej aku. Aku mula couple dengan dia first time. Aku masuk kolej tuh. Dia adalah senior aku pada waktu itu.
"Ye la..Luq janji. Takkan Luq nak tinggalkan Nabila." balas Luqman.

Tup-tup janji punya janji. 3 minggu kemudian, kebetulan masa aku dan Nadiah pergi ke shopping complex. 

"Eh..?? Tu bukan pakwe ko Nabila? Luqman tu kan?" Nadiah menarik aku pergi ke arah Luqman.

Hmmm...Luqman? Sape pulak yang berkepit sebelah pakwe aku tuh? Hatiku bertanya.Panas jek hati aku nih!

"Luqman!!" Aku menjerit ke arah Luqman. Dia berkepit dengan pompuan mana ntah! Eee!! Macam mana dia boleh berkepit dengan pompuan nih? Aku makwe Luqman!

"Nabila..Nih bukan yang awak sangka." Luqman menjauhi perempuan itu.

"Kita putus!!"  Aku dan Nadiah lari dari situ. Eeee!! Sakit nya hati aku! Nadiah melihat ke arah rupa aku. Eh?? Kenapa pulak Nadiah nih?? Tiba-tiba tilik muka aku?

"Oit-oit..Kau kenapa??" Aku bertanya.

"Kau tak nangis ke?" soal Nadiah.

Nangis??

"Nangis??Ahak! Apelah kau nih..Kes camni kena nangis ke?" Kelakar betul lah Nadiah nih..Aku baru aje putus cinta..Bukannya bercerai..Lagipun maruah diri aku belum tercalar beb!..Bukannya aku terus janda..

"Pelik lah kau nih..Pape pun, BRAVO!" Nadiah menepuk-nepuk belakang badan aku.

"Bravo sebab kau tabah.." sambung Nadiah lagi..

Aku hanya tersenyum..Perlu ke aku menangis? Ha!Ha! Whatever lah..Yang penting aku dah tak nak tengok muka jantan tak guna tu lagi.! Fullstop!


***


   Esok birthday aku..Hmm..Nak buat majlis atau tak? Takyah la..Macam budak-budak je.. Aku kan dah dewasa..So kena matang sikit..Haha..Bosannya duduk kat rumah sorang-sorang.. Ibu aku pergi majlis perkahwinan anak perempuan kawannya. Papa aku outstation..Aku?? Kena tinggal sorang-sorang. Si Hakim pulak hilang entah ke mana sejak balik dari kolej..Aku dengar ada gossip terbaru tentang Hakim. 'Hakim bercinta dengan Damia' ..Hmm.. Aku mengeluh.

Tiba-tiba telefon rumahku berdering memecahkan suasana sunyi di rumahku. Aku bergegas menuju ke telefon  untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Hello! Nabila!" Erm..Nadiah rupanya.

"Oh kau Nadiah. Kenapa?" aku bertanya dengan nada bersahaja.

"Kau tahu tak!!!! Berita panas!!!!" Aku mendengar suara Nadiah tidak seberapa jelas kerana agak bising di sekitar Nadiah. Aku cuma dengar perkataan 'panas'. Panas?

"Apa dia??" tanya aku dengan nada yang malas nak ambil peduli.

"Kau memang terkejut besar la kalau kau dengar!" Amboi..Penting sangat ke gosip tuh dengan aku..?

"Hakim! Hakim melamar Damia supaya jadik tunangnya!!!" sambung Nadiah lagi. What??

"What?? Biar betul??!!!" Apa nak jadi dengan si Hakim.? Dah takde pompuan lain nak ditackle nya?

"Ha'a..Aku tak main-main..Dia siap buat pengumuman lagik..Kat dewan kolej kita.Jap-jap..Apasal kau balik awal?"

"Aku kena jaga rumah..Lagipun aku malas nak lepak lama-lama kat kolej. Kita mana ada extra-class hari ni, kan?." jawab aku.

"Ok la..Aku nak chow dulu.." lalu Nadiah mematikan panggilan sebelum aku membalas kata-katanya.

Hakim?Damia? Serious ke?

***

   Ke mana pergi ibu aku ni? Dah malam macam ni belum balik lagi? Oh lupa nak bagi tahu yang aku ni anak tunggal. Samalah dengan Hakim..Hakim? Apasal aku teringat kat dia? Tiba-tiba telefon bimbitku berdering dengan ringtones 'Enchanted' nyanyian Taylor Swift. Siapa pulak yang call aku..? Nombor yang tak dikenali? Aku mengerutkan dahi. Angkat jela... Lalu aku menekan punat hijau.

"Hello..Assalamualaikum." kedengaran suara lelaki yang memulakan panggilan itu.

Aku hanya mendiamkan diri.

"Hello?Nabila?" sambung lelaki tersebut.. Siapa pulak nih??

"Hello! Wa'alaikumsalam.." balas aku dengan malas.

"Hello..Nabila, ni Farhan." jelasnya. Farhan? Farhan mana pulak ni??

"Sorry..Wrong number!" Senang-senang je aku kata wrong number. Haha..Setahu aku, aku mana ada kawan bernama Farhan..Hmm....Aku berfikir.......Alamak!! Farhan!

Nasib baik aku belum tamatkan panggilan tadi.

"Hello? Farhan, are you still there?" aku bertanya.

"Awak masih ingatkan saya?" soal Farhan pula..

"Hehe..Baru ingat..Sorry..Ada apa telefon saya?"

"Happy Birthday.." ucap Farhan..Ya Rabbi..Macho giler suaranya..Serak-serak basah gituh!

"Nabila?" panggil Farhan dengan nada yang sedikit tinggi menyedarkan lamunan aku.

"Oh, ya! Awak cakap apa tadi, eak?" Aku langsung tak dengar apa yang diberitahu oleh Farhan tadi.

"Apalah awak ni.." kedengaran Farhan mengetawakan aku..Kelakar sangat ke pertanyaan aku? Aku bukannya buat lawak.

"Happy birthday Nabila.." ulang Farhan.

"Oh, thanks. Macam mana awak boleh tahu tarikh birthday saya?" aku bertanya. Hairan jugak. Padahal aku baru aje kenal si Farhan ni..

"Saya terbaca dalam IC awak masa terambil wallet awak hari tu.." jelas Farhan.

Ooo..Aku mengangguk-angguk..Walaupun aku tahu bukannya Farhan nampak apa yang tengah aku buat.

"By the way, saya yang ke berapa? Means..Yang ke berapa wish kat awak?" soal Farhan lagi..

"Hah?Ermm...First agaknya.." jawab aku..Apasal dia orang yang pertama? Aku ingatkan Hakim yang first wish kat aku..Biasanya Hakim yang first.. Hmm...

"Yeke? Wah..Bangga pulak..Haha.." ujar Farhan..

"Haha..Apalah awak ni..Okay la..Saya ngantuk..Nak tidur dulu..Assalamualaikum." Padahal aku malas nak borak panjang-panjang..Nanti dia ingat aku syok kat dia..Tak ke naya? Perasan betul aku ni.

"Oh okay..Wa'alaikumsalam..Have a nice dream.." balas Farhan. Dengan serta-merta aku menekan punat berwarna merah.

Hakim...Di manakah dikau...Hoho..Nak berdrama pulak aku..Lantak la dia nak tunang dengan si Damia tuh..Aku peduli apa..! Z..Z..Z......

No comments: