31 October 2011

Adakah aku Terlambat 5

Bab 5

2 tahun berlalu...

Aku baru sahaja pulang dari New Zealend bersama dua rakan baruku,  Zarif dan Nurul Arifah. Hatiku berasa gembira sekali kerana akhirnya dapat juga aku pulang ke tanah air setelah 2 tahun belajar di luar negara. Selama 2 tahun tersebut, aku menggunakan masa itu untuk melupakan kisah antara aku dengan Hakim. Aku hilang hubungan dengannya selepas peristiwa hari lahir aku pada 2 tahun yang lepas. Kini aku menjadi Nabila yang baru..Ha ha..Tiba-tiba telefon bimbitku berdering nada 'Back To December' . Aku melihat pada skrin telefon. Skrin telefon aku menunjukkan nama Nadiah.

"Hello!! Assalamualaikum!" Aku memulakan perbualan dengan penuh teruja..

"Wa'alaikumsalam! Nabila!!!!!" Adusss...Bingit telinga aku!

"Nadiah!!!!!!" balas jeritan aku pulak..Haha..

"Bila kita nak jumpa?" soal Nadiah..

"Esoklah...Aku nak rehat-rehat dulu hari ni.." jawab aku..

Akhinya sampai juga aku di rumah kesayangan ku ini.. Rindunya bilik ku.... Ibuku... Papaku...

"Anakku..." Puan Roshayati, atau lebih dikenali sebagai ibu aku, memeluk aku dengan erat.

"Macam mana? Best belajar kat negara orang?" tanya papaku.

"Ok-ok je..Maybe lagi best kat tanah air tercinta lagi.." jawabku sambil tersenyum. Betullah peribahasa ada mengatakan, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'. Alih-alih, nasi jugak yang aku cari kat sana. Ha ha..

"Wah...Dah putih anak ibu.." ujar ibuku.

"Selama ni Nabila hitam ke ibu?" soalku..Pelik. Aku hitam ke sebelum ni?

"Tak adala..Ibu nak perli je.." seraya ibu dan papa aku ketawa.

"Jiran sebelah kita takde orang ke ibu? Melancong ke?" aku bertanya. Sunyi semacam je rumah auntie Linda.

"Mereka sekeluarga dah pindah..Masa tu, ibu dengan papa berada di Indonesia. Ibu tak tahu pulak diorang pindah kat mana. Ibu cuba contact auntie Linda tapi tak dapat. "jelas ibunya dengan sayu sekali. Aku pulak yang mendengar ni? Tahan je air mata daripada mengalir. Aku tak mahu ibu aku tertanya-tanya kenapa pula aku menangis.

Aku naik ke atas dan cuba memejamkan mata. Tapi mata aku nih tak mahu dipejamkan! Aisey..Baik aku online facebook ..Hmm..Zarif online? Ha!Ha! Aku nak chat lah..

bieyla : Zarifffff :)
z.rif    : Amendeeee???
bieyla : Aku takleh tidooooo...
z.rif    : So? meh tido dgn aku..
bieyla : ??????
          : gile ko! aku siyes niiiiii!!!
z.rif    : haha.. :p
          : kau mmg takde 4we ke?
bieyla : apa punye soalan niiii
          : dahlah tgh2 malam!
z.rif    : jawab jelaaa...
bieyla : memang kena jawab ke?
          : hahaha...aku takde 4we....
          : apasal? kau nk jd 4we aq ke?
z.rif    : (angguk-angguk)
bieyla : hahaha..ko ni klaka la..apa kau ingt aku nmpk kau terangguk-angguk tuh?
z.rif     : nape?kau tak nak ke? muke aku punyelah hensem..kau tolak aku?
bieyla : haha...hensem keeeeeeee???
z.rif    : hensem r..kalau x..takkan model kat new zealend tu boleh t'gile2 kat aku...????
bieyla : okay2.. aku akui ko hensemmmmmm
          : PUAS???!!
          : haha..aku xnk fikir pasal 4we2 nih..nnti aku x stie..haha..kau snggup ke????
z.rif    : aku akan pastikan kau setia..hahaha
bieyla : apelah kau ni,..smpai tergelak-gelak aku tau!
z.rif    : okay lah! mak aku dh marah tuh..die suh aku tidoooo...
bieyla : okay2..assalamualaikum! :)
z.rif    : wassalam..have a nice dream bebeh!
bieyla : haha.. :p

Apalah Zarif ni..Ada-ada je.. Pakwe? Malas lah aku nak fikirkan lagi..Hmm...Tidur dulu!


****

   Usai solat Subuh, aku menerima nombor telefon yang tak dikenali. Suaranya macam aku kenal. Lelaki. Tapi, aku tak pasti siapa dia. Hakim ke? Tidak agaknya. Farhan? Hmm...? Malaslah nak ambik peduli.!
Aku turun ke dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan. Papa aku ambil cuti selama tiga hari. Nak bersama dengan keluarga. Maklumla..Selama ni busy memanjang..

"Papa...." Aku duduk di sebelah papa yang sedang khusyuk menonton televisyen.

"Nabila, kamu takde calon menantu untuk papa ke?" soal papa aku beralih matanya memandang ke arahku pula.

"Hahh???" aku membulatkan mata.

"Papa nak Nabila kahwin ke?" tanya aku pula.

Papa aku mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya Allah! Aku baru aje balik..Takkan dah tanya soalan macam ni.. Gawat-gawat..

"Jujur Nabila katakan, tiada..Alah papa..Tunggu la setahun dua lagi.." jawab aku dengan nada kemalasan.

"Setahun dua?? Kau tu umur dah 25. Kira dah boleh kahwin lah tu.. Zarif tu macam mana? Kamu takde apa-apa perasaan ke kat dia?" tanya papaku..Zarif?? Apekehel pulak Zarif? Apalah papa ni..

"Zarif? We're just friend..Takkan la tetiba nak kahwin. Dahlah papa.. Nabila nak keluar dulu. Nak jumpa kawan lama. Nadiah dan Mimi. Pergi dulu!" aku bergegas meninggalkan papa dan ibu aku setelah mencium tangan mereka. Kalau tak? Macam-macam mereka nak  jodohkan aku...

Aku telah berjanji untuk berjumpa dengan Nadiah dan Mimi di restoran kegemaran kitorang. Tak sabar eden.. Hu hu..Aku mencari parking  yang kosong setelah tiba di destinasi. Fuh..Nasib baik ada..Aku berjalan menuju ke restoran dengan penuh teruja.

PAP!!

"Woi!! Buta ke?!!" aku menjerkah kepada orang yang melanggar bahu aku dan sekaligus ais krimnya tertumpah pada dress kesayangan aku!

"Ops..Sorry-sorry.."

   Pemuda tersebut meminta maaf dengan aku. Aku tak tahu entah betul-betul kesal atau tak. Sebab pemuda tersebut memakai cermin mata hitam. Aku memandang pemuda tersebut dengan renungan tajam. Geram betul! Rasa nak lempang saja! Sabar Nabila..Sabar.. Aku cuba menenangkan hatiku yang panas nih.. Secara perlahan-lahan pemuda tersebut tanggalkan cermin matanya itu. Aku merenung wajah pemuda tersebut. Hmmm...Siapa ni? Aku cuba mengingati wajah pemuda itu. Macam artis pun ada. Hu hu.

HISH! Buat apa pula aku nak fikir masa ni.. Aku dah lambat nak jumpa Nadiah dan Mimi.. Lalu aku berlalu dari situ sehingga lupa untuk mengingati wajah pemuda tersebut. Tapi hensem juga.. He he. Gatal jugak kau ni Nabila..

"Assalamualaikum.." aku memulakan pertemuan antara aku dengan Nadiah dan Mimi dengan ucapan salam terlebih dahulu. Maklumlah..Muslimah sejati katakan...Ha ha..

"Wa'alaikumsalam.." serentak mereka berdua menjawab salam aku.

"Apesal dengan baju kau?" soal Nadiah.

"Eeee!! Ada mamak sorang tuh! Entah apa-apa tumpahkan aiskrim kat atas baju aku! Buta lah tu."

"Ala..Sikit je..Relax la.." Mimi menyejukkan hati aku.

Setelah kami berborak selama 2 jam lebih.. Nadiah mengutarakan soalan khas untuk aku.

"Nabila, kau takde pakwe ke? Manelah tahu kot-kot kau ada pakwe dari New Zealend  ke.." soal Nadiah tersengih-sengih cam kerang busuk.

"Pakwe????Apela kau ni..Aku nak carik keje dulu.." jawab aku. Apesal sorang-sorang tanya aku mengenai topik 'pakwe'?

"Alah..Kau keje je kat syarikat papa kau. Takkan takde kosong?" celah Mimi.

Aku hanya mengeluh. Bukannya aku tak nak kerja kat syarikat papa aku. Cuma aku pun belum bersedia nak jadi busy cam papa aku. Hehe..

"Kau ingat tak Hakim?" tanya Nadiah. Hakim??? Sape tu? Haha..Kononnya aku lupa. Padahal aku rindu sekali nak berjumpa lelaki berkenaan. Cuma aku pendamkan sahaja.

"Mestilah ingat. Takkan aku boleh lupekan dia macam tuh aje.." balas aku acuh tak acuh.

"Dia masih lagi contact kat aku. Sekarang aku tengah SMS dengan dia. Kau taknak bagi tahu apa-apa ke kat dia?" tanya Nadiah lagi.

Aku hanya mendiamkan diri. Entahlah apa aku nak kata. Aku taknak hatiku terluka sekali lagi. Aku taknak jatuh cinta lagi. Pedih rasanya pendamkan perasaan ini selama 2 tahun. Namun aku masih lagi tidak boleh meluahkan isi hati kepada Hakim. Hmm...

"Dengar cite, Hakim still dengan Damia. Eee..Bencinye aku!" getus Mimi. Nadiah mencuit lengan Mimi dan berbisik.

"Oit..Janganlah bagitahu Hakim couple dengan Damia. Kau tengok lah si Nabila. Kan terasa pulak."

"Ops..Tersasul" balas Mimi dengan nada berbisik juga. Namun tidak didengari aku.

Hakim still with Damia? Biarlah dia. Malaslah aku nak ambik peduli.

"Assalamualaikum.." aku terdengar suara seseorang yang memang jaraknya hampir sekali dengan aku. Lalu aku dongakkan kepala ke atas. Erm..Macam ku pernah lihat jejaka ini. Tapi di mana,ya?

"Wa'alaikumsalam." jawab Nadiah dan Mimi secara serentak.

Aku pulak masih terfikir. Sape pulak mamat nih? Dahlah pakai cermin mata hitam! Oh ya! Jejaka nih lah yang tumpahkan aiskrim atas baju aku!

"Can I know your name?" aku bertanya kepada jejaka tersebut. Malas lah aku menyerabutkan otak aku dengan memikirkan siapakah gerangan jejaka hensem tuh! Haha.. Hensem ke?? Dahlah tak bukak-bukak lagi cermin mata hitamnya itu! Apa penting sangat ke mata dia tu? Sampai kena pakai jugak cermin mata hitam kat tempat macam nih?

"Serious kau tak kenal dia nih?" soal Nadiah kepadaku. Apesal lak? Aku memang kenal ke? Hehe..

Aku mengangguk-angguk.

Lalu dengan perlahan-lahan jejaka tersebut menanggalkan cermin mata hitamnya itu. Hensem? Boleh lah tahan. Tapi aku macam kenal aje mamat ni. Ting! Otakku sudah kembali berfungsi. Dengan secara automatik aku  menekup mulut dengan kedua-dua belah tanganku. Serius! Aku dah ingat. Biar betul! Betul ke dia? I don't believe it....

No comments: