15 October 2011

Adakah Aku Terlambat 4

Bab 4


   Hari ini genap usia aku 23 tahun. Rasa tak percaya pula. Tapi ada kesedihan di sudut hatiku ini. Mengapa Hakim belum wish kat aku? Biasanya tahun-tahun sebelum nih, dialah yang beria-ia wish kat aku..Hmm.. Takkan la dia memang serius dengan Damia..Sampai lupakan aku? Means, as his friend la.. Aku mengatur langkah ke ruang makan untuk bersarapan. Ibu aku dah balik?

"Ibu..! Semalam ibu balik pukul berapa?" soalku.

"Ibu balik pukul 2 pagi. Ada problem sikit." jawab ibuku lalu meneguk air teh yang dibuatnya itu.

Aku hanya mengangguk-angguk. Ibu menghulurkan kepadaku sebuah kotak kecil. Apa ni? Dahiku mengerut.

" Sebenarnya, ibu dan sorang kawan Nabila, entah apa nama dia..Ibu dah lupa..Ibu dengan dia pergi cari hadiah untuk Nabila.." ujar ibu sambil tersenyum.

"Kawan Nabila? Sape? Terima kasih ibu!!!" Aku memeluk ibu kesayanganku dengan penuh erat..

"Ibu dah lupa nama dia apa. Dia kata dia satu kolej dengan Nabila." jelas ibu.

"Ok lah bu, Nabila ke kolej dulu! Assalamualaikum!" Nabila berlalu dari situ setelah mencium tangan dan kedua-dua pipi Puan Roshayati. Ibunya hanya tensenyum dan menggeleng-gelng kepala sahaja melihat tingkah laku anaknya yang satu-satu itu.

     Hmm...Mana si Hakim ni? Kereta masih ada..Takkan belum siap lagi? Aku menuju ke rumah Hakim dan membuka pintu rumahnya. Nasib baik aku ada kunci pendua. Lalu kakiku melangkah ke bilik Hakim yang berada di tingkat dua. Ya-Rabbi..Masih tidur lagi???

"Hakim!!! Bangun!" Aku memukul Hakim dengan bantal yang ada di sebelahnya. Namun Hakim masih lagi tidar terjaga.

"Hakim!!" Kali ini aku memekik di telinganya pula! Baru lah ada sedikit reaksi.

"Apa dia...?" soal Hakim dalam keadaan mamai.

"Ya Allah..Budak ni..Bangun! Dah lewat, kau tahu tak!!!"

"Apa??" Kelam-kabut sekali Hakim mencari tuala dan masuk ke dalam bilik air..

Si Hakim nih nak aku menjerit dulu ke apa?Geram betul aku!

     Setelah memakai pakaian, tanpa bersarapan langsung kami tergesa-gesa bertolak dengan menaiki kereta nissan fairlady nya itu...Kelasss tak? Biasanya Hakim bawak kereta kancil je..Entah kenapa hari ni, dia bawak kereta favourite nya itu..Hmm...Ada something tak kena ni...

"Bieyla.." Hakim memanggil nama seseorang..Tapi matanya memberi tumpuan kepada memandu. Jap-jap! 'Bieyla'?? Hakim panggil aku ke? Tak pernah-pernah dia panggil aku dengan panggilan camtu? Seriau pulak bulu roma aku..Ngeee...

"Hakim? Kau panggil sape?" Aku berpura-pura tidak faham.

"Aku panggil kau lah..Sape lagi ada nama Bieyla?" balas Hakim.

"Jap-jap..Tak boleh ke ko panggil aku Nabila? Aku rasa rimaslah panggilan 'Bieyla'.."

"Alah..Ikut suka aku la nak panggil apa pun..Asal kau tahu nama kau.."

"Cetttt...Kau nih..Whatever jelah.." Malaslah aku nak layan dengan Hakim ni..Dahlah lupa wish birthday kat aku. Bikin panas aku jekkkkk...I hate you, Hakim! Hatiku meronta-ronta..

Akhirnya sampai gak kolej..Malaslah aku nak borak dengan si Hakim hari ni..Merajuk! Kononnya...

***********

   Apasal aku rasa tak bermaya hari ni? Dalam kelas pun tak leh concentrate..Balik nanti aku terus nak tidur! Malas lah aku nak masuk dewan. Peduli apa aku..

"Nabila! Happy birthday!" Serentak Nadiah dan Mimi mengucapkannya kepadaku.. Terharunye... Kononnya.. Ha ha.

"Alamak! Terharunya aku...Dahlah takde hadiah.!" Aku berpura-pura mengajuk.

"Ala..Sape kata kitorang tak belikan hadiah? Nih!" Mereka menghulurkan teddy bear yang saiznya sebesar kanak-kanak beumur 3 tahun kepadaku..

"Wah...Comelnya........." Aku menyambut lalu memeluk teddy bear yang berwarna krim itu.

"Kita orang kongsi duit untuk belikan ini tau!" jelas Mimi.

"Ala...Aku gurau je..Takyah beli pon takpe..Tapi alang-alang korang dah beli..Aku ambik jee...Hehe.." Aku tersengih-sengih..

"Eh..!! Cantiknya gelang tangan kau..! Siapa yang berikan?" Nadiah menarik pergelangan kananku.

"Entahla..Ibu aku dan kawan aku yang belikan..Tapi,ibu aku lupa siapa kawan aku tu.." jawab aku.

"Hmm...Aku rasa lah kan..Farhan kot...." celah Mimi.

"Farhan?? Siapa tu?" tanya Nadiah..

"Aiik?? Kau tak kenal ke? Mamak macho yang pulangkan wallet Nabila tu.." jawabb Mimi.

"Oh...Nama dia Farhan ke?" Nadiah mengangguk-angguk seakan-akan baru mengerti.

"Ammar Farhan." Aku memberitahu nama sebenar Farhan. Lalu Mimi dan Nadiah serentak mengerutkan kening. Diorang ni asyik serentak je..Membuatkan aku tergelak pulak. Nadiah tersenyum perli..

"Apa??" Aku bertanya.

"Nothing!" jawab Nadiah. Hmm.... Aku berfikir....Melayang-layang di udara...Haha..Hiperbola pulak aku nih. He he.

"Farhan bagi kau hadiah tak?" Mimi mengubah topik..

"Bagi!" Excited pulak aku menjawab..

"Dia orang first yang wish birthday kat aku..

"WHAT??" serentak lagi...? Hmm..?

"Wait a second, Hakim?" soal Mimi.

"Hakim? Entahlah.." jawab aku yang penuh hampa..

"Korang tahu tak..Nanti ada majlis kat dalam dewan..Ada pelajar kat kolej ni sponsor..Tak tahulah pulak sempena apa.." sampuk seorang pelajar yang memberitahu kepada kami.

Kami menghadiri majlis yang dimaksudkan oleh pelajar yang memberitahu kepada kami sebentar tadi. Majlis apa pula? Hmm...Wow...Meriahnya...

"Majlis apa ni...?" bisik aku ke telinga Nadiah.

Nadiah hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Ni sambutan birthday seseorang.." bisik Farhan pula kepada ku..

Birthday seseorang? Aku ke? Hishh.. Takkan la..

"Birthday sape?" tanya aku.

"Birthday awak la.." meremang gila bulu roma aku mendengar bisikan si Farhan ni..Apasal kena bisik-bisik? Takleh cakap straight aje ke?

"Sekarang dijemput Hakim Yusuf untuk memberikan sedikit ucapan kepada Nur Nabila Zuhud sempena majlis Hari Lahirnya pada hari ini.." jelas pengerusi majlis,  Nadiah Syahirah atau lebih dikenali Nadiah!!!

Okey! Ini yang membuatkan aku rasa nak marah. Rupa-rupanya diorang dah plan secara diam-diam!

"Erm..Kepada Bieyla.." Sempat lagi Hakim mengenyitkan matanya kepadaku. 'Bieyla' lagi....

"Kepada Bieyla, Hakim nak ucapkan Happy Birthday yang ke-23..Hmm..Thanks kau setia berkawan dengan aku dari kita baby sampai sekarang.." Hakim berhenti seketika..

"And..Kalau kau ada masalah apa-apa..Just tell me,okay? Lastly, hope kau bahagia dengan pasangan kau, Farhan.." Lalu Hakim turun dari pentas dan terus menghilang dari pandangan aku.

   Kata-kata keramat Hakim tadi membuat aku bak ditusuk panah sembilu. Hakim marahkan aku ke? Hakim gembira ke? And..WAIT! Kenapa dia kata 'hope kau bahagia dengan Farhan'? Mataku mula berkaca..Tanpa sempat aku menahan daripada titisan air mata mengalir..Air mata tersebut sudahpun mengalir. Terharu? Aku rasa pedih sekali dengan kata-kata Hakim yang terakhir. Farhan yang baru sahaja menoleh ke arah ku terkejut besar apabila melihat aku menangis..Hakim pulak? Entah kemana selepas berucap sebentar tadi..

"Awak kenapa, Nabila?" soal Farhan yang menggelabah.

Aku menggeleng-geleng kepala.. Aku menarik Nadiah dan Mimi pergi ke tandas.

"Kenapa kau nangis?" tanya Nadiah.

"Aku...." aku tak dapat nak meluahkan isi hati aku..

"Kau sukakan Hakim?" tanya Mimi pula..

Tangisan aku makin parah. Membuatkan dua orang kawanku itu kelam-kabut. Akhirnya, aku berhenti menangis setelah dipujuk oleh kedua orang rakan karibku itu.

"Sebenarnya, aku sukakan Hakim. Tapi, aku takut nak luahkannya..Aku takut Hakim memang betul-betul nak bertunang dengan Damia. Aku takut kalau hubungan persahabatan kami selama ini ada terjejas. Aku takut.." Suara ku menjadi begitu tak bermaya. Tiba-tiba suasana menjadi gelap..

No comments: