08 October 2011

Adakah Aku Terlambat 2

Bab 2


    Akhirnya tamat jugak kelas hari ni..Fuhh... Balik nanti aku nak terus tidur. Dah pukul 5 petang sekarang..Hmm..Mintak-mintak teksi ada lagi..Aik?? Hakim?? Dia tunggu sape tuh? Aku ke?


"Oit..! Kau tunggu sape?", Aku mencuit belakang badan Hakim.


"Oh kau Nabila..Aku tunggu Damia..Kau kenal?"


"Apa pulak tak kenal..Senior kita yang hot tu?" apa kes Hakim tunggu pompuan tuh?


"Ha'a..Haha..Mesti kau tak caye, kan..Aku ada date dengan dia.."


Ceh..Ada aku kesah?


"Hmm..Dating lah kau sepuas-puasnya..Makan malam nanti kau makan kat luar lah, ya..Aku letih sangat hari ni..Nak rehat.." jelas aku kepada Hakim.


"Okay..Tapi breakfast esok macam mana?" tanya Hakim.


"Macam mana??? Kau datang jelah rumah aku..Aku balik dulu..Assalamualaikum."


"Eh! Eh! Balik dengan akula..!" Hakim menarik lengan baju kurungku.


"Hah??? Taknak lah aku.." Aku menolak pelawaan Hakim..Hah! Tu dia Damia!


"Hai Hakim.. Sorry la..Mia lambat sikit..Ni sape?" Damia melihat dengan pandangan menjenglikkan..


Euw...Cakap tergedik-gedik..Apa pandang-pandang?


"Apa pandang-pandang??!!" Ops..Terlepas..Haha..


"Hakim..Sape ni...?" Mak oi..Gediknya minah sorang ni..


"Takde sape-sape..Jomla Mia.." Hakim membuka pintu kereta untuk Damia.


Dia menghiraukan aku di belakang..Ceh! Tadi ajak aku balik dengan dia..Sekarang tinggalkan aku..


"Takpe-takpe.."


           ***

   Aku merebahkan badanku ke katil.Arghh..Kenapalah Hakim boleh berminat kat pompuan gedik tu? Pakaian tah pape.. Tak faham betul aku..


***


          Hmm..ok jugak baju nih.. Aku mengenakan pakaian kebaya yang mungkin agak fit..Hmm..Tak kot..Aku rasa cam ok je..Janji tutup aurat..Haha..Dah takde pilihan..Pakai ajela.


 Aku menurun ke ruang makan untuk bersarapan.Eh? Hakim?


"Hakim! Kau buat apa pagi-pagi datang rumah aku?"


"Kau yang suruh aku datang sarapan kat rumah kau..Semalam kan kau ada bagi tahu.." jawab Hakim.


Alamak! Aku menepuk tangan ku ke dahi..Lupa lah..Aku suruh dia datang sarapan rumah aku hari ni..


"Oh I see.."


"So camne dengan senior hot semalam?" Aisey mulut aku ni..Apasal aku pergi tanya soalan itu..Mesti dia ingat aku jelous..


"Hah! Tentang Damia tu? Fulamak..Habis semua budak-budak kolej tengok arah kita orang..Haha..Aku rasa macam nak couple dengan dialah.." Hah?? Couple?? Biar betul..Hati ku bertanya..Tapi reaksi luaran aku cool je..


"Apalah kau ni.." Aku menggeleng-geleng kepala.


"Hah! Borak pasal apa nih??" Ibu aku menyergah dari belakang.. Apalah ibu ni..


"Takde borak apa-apa la auntie Ros" jawab Hakim.


"Yeke...Auntie dengan pasal couple-couple..Korang couple ey...." sakat ibuku..


"Hishhhh...Ibu! Apa nih..Kita orang kan kawan sejak kecik lagi..Apalah ibu ni.." ujar aku sambil menyisip air milo.


"Hah...Apasal rupa Nabila dah jadi merah???Malu ey...Alah..Kalau kawan pun..Lama-lama jatuh cinta jugak..Takpe..Ibu izinkan kalau korang couple.." Lalu ibu menuju ke dapur setelah menyakat aku..


"Hishhh..Apa ibu nih!" omelku..


"Haha..Macam-macam la auntie Ros..Siap bagi lampu hijau kat kita.." Hakim tersenyum-senyum sendirian..


"Apa senyum-senyum? Sepak kang!" Panas betul..!


"Jomlah ke kolej!" Hakim menarik lengan baju kebayaku dan berlari ke arah keretanya..Aku hanya mengikutinya.


***

     Setibanya kami di kolej. Ramai wanita yang memerhatikan ke arah kami?Kami? Aku rasa tak kot. Mungkin diorang pandang Hakim. Takkan la semua wanita kat kolej nak pandang aku..Mereka semua kan dah tahu aku dengan Hakim kawan dari kecik lagi..Mungkin sebab Hakim berdating dengan si Damia semalam kot.


"Aku masuk kelas dulu eh, Hakim..Daaaaaa.." Aku melambai-lambai tanganku...Hakim juga membalas lambaian aku..Aku menuju ke kelasku dengan penuh gembira..Entah kenapa..Hatiku rasa berbunga-bunga gituh..


"Hello guys!! Assalamualaikum!!!!" Aku menjerit di dalam kelas..Nasib baik lecturer belum masuk..


"Apa kes kau happy semacam je..??"soal Nadiah.


"Haha..Nothing.." jawab aku dengan selamba..


"Jangan-jangan kau dapat nombor telefon mamak hensem semalam tak??" sergah Mimi.


"Hah?? Takdela..Oh ya! Tentang mamat semalam,kan..Hensem kan dia tuh?"


Mimi mengangguk-angguk.


"Kau tak nak try couple dengan dia ke?" acuh tak acuh pertanyaan Mimi.


"Hah?? Couple?? Tak nak lah..Aku dah serik tahu tak!" Eee..Tak mahu la..Tak bermakna dia hensem aku sukakan dia..Tolonglah..


"Ala..Lagipun kau kan dah break dengan Luqman.." balas Nadiah.


"Nadiah! Stop sebut nama dia. I hate him! " Hishh Nadiah nih..Masa nih pulak dia sebut nama Luqman..Aku tengah mood happy nih!


"Okay-okay..Sorry.." Nadiah menghulurkan tangannya sebagai tanda meminta maaf..Aku maafkan dia.


Luqman?? Hidup lagi ke dia tuh? Amboi mulut aku.. Jahatnyaaa... Ampun-ampun Ya Allah..


bersambung..

No comments: