08 October 2011

Adakah Aku Terlambat 1

Bab 1


    "Waaaaaaaaaaaa!!!!" 

Dengan serta-merta aku menutup pintu bilik..Ada ke patut Hakim masuk ke dalam bilik aku macam tu aje??!! Dahlah aku baru selesai mandi..!! Nasib baiklah aku still berpakaian. Ngee..



   "Sorry ..! Aku tak sengaja bukak pintu bilik kau Nabila...." jelas  Hakim yang berada di luar bilik aku, atau nama panjangnya, Hakim Yusuf bin Zulkiflie atau lebih dikenali juga sebagai jiran and kawan aku..



"Banyaklah kau punya sorry !! Lain kali ketuk pintu tuh dulu!" 


     Setelah aku selesai memakai selendang lalu aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Aik??Mane si Hakim nih? Takkan dah balik kot? Aku mencari-cari kelibat si Hakim.
 
"Gahh!!!" Hakim mengejutkan aku dari belakang..


"Omak kau!!!"


"Hakim!! Terkejut aku! Kau nih memang takde keje lain ke?" Mahu tak terkejut aku dibuatnya.


"Haha..Relax lah..Aku mintak maaf eh..Aku tak sengaja bukak pintu bilik kau tadi.." ujar Hakim sambil tersenyum..


"Apa senyum-senyum?? Aku sepak kang!" Panas betul sengan mamat nih..Pagi-pagi dah buat aku naik angin..
  
     Aku ingat bolehlah rehat pagi Sabtu nih.. Nak taknak kenalah menghadap muka si Hakim nih.. Hakim nih kawan aku dari kecik lagi.. Nak kata hensem?? Hmm...Ntah la..Sebab aku dah jemu tengok muka dia nih..Tapi ramai jugak yang sering hantar surat cinta kat dia.. Kira hensem lah tu kot..



"Hmmm...Nabila..Hari ni, mama dengan papa aku bercuti kat Bali. Aku tak ikut..Kau tolong masakkan katku, ya?" pinta Hakim.


"Apa?? Aku masakkan untuk kau?No..No..No.. Aku banyak lagi assignments yang perlu disiapkan. Kau pergi jelah makan kat kedai mamak.." aku melarikan diri daripada Hakim..Hakim terus mengikuti aku dari belakang.



"Ala...Aku mana boleh makan sebarangan makanan..Aku kan alergik..Nanti naik bintik-bintik kat muka aku,hilanglah kehenseman aku.." rayu Hakim..



"So what? Should I care 'bout you?" Aku terus menolak pujuk rayu Hakim..



Tiba-tiba telefon bimbit Hakim berbunyi..Lalu diangkatnya..


"Hello..Mama dah sampai ke?",soal Hakim..



Ooo...Mama dia yang telefon..Hakim menyerahkan telefonnya kepadaku. Aik??Apa kes nih?


"Mama nak cakap dengan kau.." ujar Hakim.


"Hello Auntie Linda.."


"Hmm..Nabila..Boleh auntie mintak tolong sikit?"


"Boleh! Ada apa auntie?"


"Maaflah ya. Auntie and Uncle Zul ada hal kerja kat Bali selama seminggu. Kesian lah pulak kat Hakim. Takde siapa yang nak sediakan dia makanan..Boleh tak Nabila tolong masakkan kat Hakim selama auntie dan uncle Zul berada di Bali?" pinta Puan Linda.



What?? Oh man.. Nak taknak aku kenalah turuti permintaan auntie Linda..



"Baiklah auntie.. Tapi auntie jangan lupa belikan cenderahati untuk Nabila, ya!Haha.." 
Sempat lagi aku bergurau dengan auntie Linda..Aku memang dah rapat dengan mama Hakim dari kecik lagi..Kadang-kadang aku pernah jugak tidur di rumah mereka. Tapi tidur kat bilik tetamu lah.. He he.



"Ok Nabila..Saaayyyaang Nabila! Jaga diri baik-baik..Sampaikan salam auntie kat Hakim..Assalamualaikum."



"Wa'alaikumsalam" lalu aku menekan punat butang merah pada telefon tersebut. Aku memberikan semula telefon itu kepada Hakim.



"Mama aku cakap apa dengan kau?", soal Hakim.


"Ok..Fine! Kau menang..Aku kena masak untuk kau selama mama dan papa kau ada kat Bali.."jawab aku yang akhirnya mengalah..


"Yeke? Yahoo!!! Aku sayang kau Nabila!!"jerit Hakim kegembiraan..



Amboi...Gembiranya kau...Takpe-takpe..



******

PIN!!PIN!!!


"Iye...Kejap-kejap...Aku tengah pakai tudung nih..", Aduyai..Kenapa aku boleh bangun lewat hari ni..Aku mengambil roti dari atas meja dan keluar dari rumah dengan tergesa-gesa..Nasib baik tak terjatuh..


Lalu aku mengatur langkah dan masuk ke dalam kereta Hakim untuk pergi ke kolej bersama-sama.


"Ya, Rabbi..Kau nih tak sempat sarapan ke? Kesian pulak aku tengok kat kau..", ujar Hakim sambil ketawa.


"Shut up your mouth..! Drive jelah..!" Hishh..Banyak cakap lah mamat nih sorang..



Aku dan Hakim kelas yang berlainan. Setelah tiba di kolej kami berpisah.


"Petang nanti aku balik lambat..Kau baliklah dulu.." Aku beritahu kepada Hakim..


Hakim mengangguk-angguk..



Aduyai..Mampos aku lewat hari nih..Nasib baik assignments dah siap..Aku berjalan tanpa melihat di hadapan..Apabila aku menoleh ke hadapan..Tangga!! 


Lantas aku disambut oleh seseorang dari belakang. Alamak! Sape yang tarik aku???Hensem nye......Aku dibuai perasaan yang indah sekali...Aku bermimpi ke...?



"Cik..Cik..!" tubuhku digoyang-goyangkan sehingga menyedarkan lamunan ku..


ALAMAK! 


"Sorry-sorry..Thanks ya sebab selamatkan saya..Kalau tak...." Aku menggeleng kepala dengan memberikan senyuman kepada jejaka tersebut.Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Lalu aku memandang tepat pada jam tangan.


"Oh tidak!!!  Aku dah lewat!!" Aku meninggalkan jejaka hensem tersebut di belakang. Kalut bebeno aku nih..


Fuh...Nasib baik Encik Zawawi belum masuk kelas..Selamat aku..


"Nabila..Kau bawak tak wang yang perlu dibayar hari ni?" Ainur Syamimi, kawan baik aku meminta wang kepada ku..Dia nih ceti ke apa?? Haha..Sebenarnya wang untuk jamuan kelas..


"Kejap-kejap..", Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluarku..Eh??? Takde?? Biar betul??


"Mimi...!! Wallet aku hilang!", aku menjerit di telinga Mimi..


"Hah?? Camne boleh hilang?" Mimi turut terkejut.



Aku mencari-cari lagi di sekeliling tempat duduk ku..Takde?? Tak mungkin!


"Nur Nabila Zuhud bt Umar ada tak?" Aku terdengar namaku dipanggil oleh seseorang..


"Yup! It's me! Aku mendongak kepala ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil nama penuh aku itu..Gulp. Jejaka hensem tu...


"Erm...Wallet ni, awak punya,kan?"  tanya jejaka tersebut.


Aku mengangguk dengan pantas.


"Terima kasih sebab awak pulangkan balik wallet saya..Ingatkan dah hilang kat mana tadi.."


"Erm..By the way nama saya Ammar Farhan..Just call me Farhan." Oooo..Ammar Farhan..


"Nice your name Nabila Zuhud..", balas Farhan lagi.


Zuhud??? Tak pernah-pernah orang panggil aku dengan nama tu..Aku mengangkat kedua-dua belah keningku.. Tapi 'zuhud' tu bermaksud rendah diri. Aku memang rendah diri . Ha ha.. Perasan!
"Haha..Awak ni kelakarla.." ujar Farhan..


"Kelakar??" Aku langsung tak faham dengan mamat nih..Tetiba kata aku kelakar..


"Takpela..Saya masuk kelas dulu..Nice to meet you.." Farhan melambai-lambai tangannya ke arahku..


Alahai...Hensemya....PAP! Sape pulak potong line aku nak berangan nih...Hishh..Nadiah rupanya.



"Oit..Ko kenal ke mamat hensem tuh? Pakwe baru kau eh?" soal Nadiah dengan tersenyum nakal.


"Banyaklah pakwe aku..Aku baru aje kenal.."


"Hakim tuh kau nak taruk kat mana??" celah Mimi pula..
"Pulak...Hakim tuh kawan aku je lah..Dah-dah..Jangan tanya soalan kat aku lebih-lebih..Apalah korang ni..." Aku kembali pada tempat duduk aku..


bersambung..

2 comments:

anonymous? said...

hee. best lah! sambunglah lagi. ^^

kusyi said...

anonymous? haha.. tq! :)