28 September 2011

Impian Hatiku 6

6

   Aku pulang ke rumah dengan pelbagai persoalan yang timbul di minda. Hmm..Aqmal suka aku? Betul ke? Haish.. Wahai Hanis.. Dah terang-terang Aqmal luah kat depan mata kau.. Takkan kau tak percaya lagi..

"Hanis? Yang ko duk sengih sorang-sorang ni apahal?" Pertanyaan Khairunisa' secara tiba-tiba itu membuatkan aku tersedar dari lamunan. Kaco betul dia nih.

"Aku sengih? Takdela.. Kau salah tengok tu.." aku cuba berdalih. Malu pula nak ceritakan hal yang sebenarnya.

"Hmm.. Iyeke takde apa-apa? Aku tengok sejak kau balik dari jalan-jalan dengan Aqmal petang tadi, kau asyik senyum sorang-sorang je.. Macam orang baru lepas bercinta pulak." ujar Khairunisa' sambil menguyah keropok yang disuakan ke mulutnya tadi.

Aku cuba melarikan diri. Tak tahu macam mana nak membalas kata-kata Neesa. Memang ada benarnya kata-kata itu tadi.

"Hanis!!! Oh man... Don't said that Aqmal luahkan perasaannya kat kau???" Khairunisa' menjerit seperti orang yang kehilangan barang. Aku pulak? Terdiam seribu bahasa. Macam mana Neesa boleh meneka nih!! Malu........

"Eh?? Mana ada.. Kau ni ada-ada saje la.. Dahlah, aku nak masuk tidur.. Good night." lantas aku menyelimutkan diri. Pura-pura tidur. Padahal aku mana mengantuk lagi waktu-waktu macam ni. Malam masih muda.. Hi hi..

*****

   " Hanis! Bangun! Dah pukul 8 pagi!!" Khairunisa' menjerit ke telingaku. Huarghh.. Aku menguap.

"Awal lagi la.. Kelas hari ni start pukul 11 la.. Kasilah aku tidur lagi.. Mengantuk ni.." Aku mengambil bantal dan menekup muka. Hari ini aku diberikan cuti oleh Allah S.W.T.. Sebab itu, aku tak kisah bangun lewat hari ini.. He he..

"Hanis! Guess what? I know your secret.. Ha ha.." ujar Khairunisa' sambil tergelak besar.

Secret? Apa yang Neesa tahu? Alamak? Takkan dia dah tahu Aqmal confess his love to me? Oh my..

"Secret pebende?" aku pura-pura buat tak tahu.

"Jangan nak buat-buat sengal depan aku, boleh? Sampai hati korang tak bagitahu aku yang korang dah kapel. Sedih aku! Apakah aku tidak penting bagi korang? Apakah aku seorang yang tidak berguna? Apa salah aku?"

Dah start dah madah pujangga dari Khairunisa'.

"Oh, Nessa kawanku yang tercinta.. Bukan niatku untuk tidak berterus-terang.. Tapi, apakan daya.. Aku malu untuk menceritakan hal yang sebenar.."

Haha.. Dengan aku sekali berdrama dengan Khairunisa' ni.!

"Haha..Apalah kau ni.. Actually aku tak kisah pun kalau kau kapel dengan Aqmal. Aku lagi suka.. Sejuk mata memandang.. Sama padan pulak tu.. " jelas Khairunisa' sambil tersengih nakal.

"So, sekarang kau dah tahu? Bagus-bagus.. Tak perlu lagi aku nak ceritakan kat kau.." balas aku.

*****

    Blaus hijau menjadi pilihan aku pada petang ini. Tidak lupa juga dengan skirt labuh berwarna putih. Hari ini,  kampus kami akan didatangi ramai pemain-pemain badminton dari kampus luar. Mereka semua menyertai pertandingan badminton peringkat universiti. Aku dan Khairunisa' bergegas menuju ke arah pemain-pemain badminton dari kampus kami.

"Good luck kepada semua pemain. Hope menang lah ya." Khairunisa' memberikan kata-kata semangat.

"Hmm.. Hanis, ikut saya kejap." Aqmal membisik ke telingaku. Aku hanya mengikuti Aqmal dari belakang.

"Ada apa,ya? Nanti dah nak lawan. Awak buat baik-baik tau. Jangan sampai kalah. Kalau kalah, awak kena belanja saya beli novel banyak-banyak." gurau aku. Saja nak buat lawak. Lawak aku menjadi.. Sebab Aqmal ketawa. Ha ha..  Aku pun tak tahu Aqmal betul-betul ketawa atau nak ambil hati aku sahaja..

"Hanis.. Boleh pejam mata?" pinta Aqmal.

Aik? Apesal nak suruh aku pejam mata pulak? Tiba-tiba aje dia ni..

"Kenapa ya?" aku menyoal.

"Tutup ajela.." Aqmal merengek. Ceh.. Manja betul dia ni! Hempuk karang.. Jahat betul aku..

"Okey-okey.. Saya pejam lah ni.." aku memejamkan mata. Beberapa saat kemudian..

"Okey.. Boleh buka." ujar Aqmal.

Waa.... Gelang? Siap terukir nama Aqmal lagi.. Nak bagi kat aku ke? Hu hu..

"Nah.. Awak pakai yang ini.. Dan nama 'Hanis' pula, saya yang pakai." jelas Aqmal sambil memakaikan gelang tersebut pada pergelangan tangan aku. Cantik gelang itu. Nice..

"Okeylah.. Saya pergi dulu. I love you." ucap Aqmal sebelum meninggalkan aku.

"Aqmal!!" jerit aku.

"Love you too.. " balas aku. Aqmal tersenyum lalu masuk ke padang.

   Aku kembali ke tempat penonton di sebelah Khairunisa'. Aku menilik gelang yang diberi oleh Aqmal sebentar tadi. Begitu serius rupanya perasaan Aqmal terhadap aku.

"Eh, Hanis! Tengok!" Khairunisa' menarik tangan aku. Terkejut lah tu..

"Cewah..Nama Aqmal tu... Romantik betul si Aqmal.. Tak macam pakwe aku.. Asyik sibuk memanjang." Khairunisa' mengeluh.

"Hmm..Sabarlah Neesa.. Nanti mesti pakwe kau bagi kau happy lagi dari aku.. Percayalah..." ujar aku sambil menyanyikan lagu 'Percayalah' dari Datuk Siti Nurhaliza.

Khairunisa' hanya ketawa mendengar nyanyian aku. Hello! Suara aku lagi merdu dari Siti okey! getus hati aku. Aku tahu.. Mesti Neesa nak kutuk suara aku ni.. Jeles lah tu..

"Hanis.. Cuba kau tengok lelaki yang pakai topi kat sana tu.. Nampak macam hebat je.." Khairunisa' menunjukkan tempat di mana lelaki itu berada kepada aku.

"Mana??"

"Tu ha.."

Aik? Macam pernah nampak je lelaki tu..Tapi di mana ya? Otakku mula berfungsi. Malangnya, otak aku masih tidak dapat cam siapakah lelaki tersebut. Tetapi hatiku berkata bahawa aku pernah nampak wajah lelaki itu.. hmmm... Fikir lagi Hanis.. Fikir....

"Auntie! Auntie nih auntie Balqis,kan?" soal budak kecik yang berada di sebelah aku. Auntie Balqis? Aku lah tu.. Sape budak kecik ni ya? Lupa pulak aku. Oh,ya! Nih kawan si Balqis.

"Adik ni kawan Balqis,kan? Syasya?"

Syasya mengangguk. Oh,ya! Lelaki tadi tu, abang Syasya.. Darwish! Aik? Mana Darwish tadi? Hilang pulak?

No comments: