25 September 2011

Impian Hatiku 5

Bab 5

    Taufiq mengikat tali kasut dengan kemas. Dari semalam lagi dia bercadang nak berjoging. Tetapi hari ini baru dia ada masa lapang. 

"Mama, Taufiq pergi dulu.." ujar Taufiq yang bersalaman dengan Puan Hayati.


"Ingat tau, jangan balik lewat sangat. Malam nanti papa kamu dah balik dari outstation." pesan Puan Hayati.


Taufiq menggariskan senyuman ikhlas. Lantas mengangguk. 


"Assalamualaikum." Taufiq memberi salam sebelum keluar dari rumah.


"Wa'alaikumussalam." balas Puan Hayati.


   Sebenarnya Puan Hayati adalah mama tiri Taufiq. Ibu kandung Taufiq meninggal dunia sejak Taufiq berumur 15 tahun. Pada waktu itu, ibu Taufiq sedang bertarung dengan nyawa untuk melahirkan Syasya. Tetapi apakan daya, Allah lebih sayangkan ibunya. Ibu Taufiq meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan Syasya. Air mata Taufiq gugur apabila mengenangkan peristiwa itu.


Lebih baik aku ke kubur arwah ibu sebentar. Bisik hati Taufiq.


  Setelah Taufiq tiba di kawasan perkuburan, dia memberi sedekah kepada arwah ibunya dengan membacakan surah Al-Fatihah dan Yasin.


****


    Pin!pin!! Bunyi hon kereta BMW 32oi milik Aqmal telah membuatkan aku kelam kabut memakai tudung shawl cotton ni! Tak reti-reti nak sabar langsung! Nasib baik tak tercucuk jarum ni kat kepala aku! 


"Aku pergi dulu Neesa!" Lantas aku memakai sandal berwarna putih.


"Okey.. Belikan aku ayam KFC! Aku kempunan ni!" pesan Khairunisa'.


"Okey! Assalamualaikum!" aku memberi salam sebelum keluar dari bilik.


"Wa'alaikumsalam.." balas Khairunnisa'.


   Aku menuju ke arah kereta BMW 32oi milik Aqmal. Huh! Kata nak pergi training je! Naik kereta mewah semacam ni apa kes? Aqmal membuka pintu kereta untuk aku. Malu aku!


"Terima kasih." ucap aku.


"Most welcome." balas Aqmal. Segak bebeno dia hari ni.. Lain macam je dia ni.. 


"Sebelum kau start driving, boleh aku tahu kita nak ke mana sebenarnya ni?" aku menyoal.


"Jalan-jalan je.. Haha.." balas Aqmal dengan tergelak.


"Hah? Kenapa kau tak beritahu awal-awal.. Aku pakai selekeh aje ni.. Aku pergi tukar balik, okey?" 


"Eh! Tak payah.. Aku tengok okey je pakaian kau.. Blaus dan skirt labuh. Comel je aku tengok. Ayu je...Kau nak tukar buat apa lagi..?" soal Aqmal. Pelik dengan sikap orang perempuan yang selalu nak berlawa kalau pergi jalan-jalan.


"He he.. Okey ke? Kalau kau dah kata macam tu.. Apa lagi! Jom jalan!" ujar aku dengan penuh bersemangat. Lalu Aqmal memandu keretanya.


*****


   Tanpa segan silu aku memesan askrim coklat sebelum Aqmal memesan dahulu. Aku dah memang kebulur sangat kat askrim ni. Sorry ya kawan. Hi hi.. Aku hanya gelak di dalam hati.


"Hanis." Aqmal memanggil nama aku.


"Hmm? Ada apa?" aku menyoal sambil melihat keadaan persekitaran.


"Tengoklah sini. Aku nak cakap something sikit ni." rungut Aqmal. Mana tidaknya, mata aku memang tak sah kalau tak perhatikan sekeliling kedai makan ni. Cantik juga design dalam kedai ni. Hu hu..


"Apa dia?? Sengal lah kau ni. Okey-okey.. Aku pandang kau." Sengaja aku menatap mata Aqmal. Dalam hati Tuhan saja yang tahu.. Aku tahan gelak je sekarang ni.. 


"Hanis.. Hmm.. Hmmm..." 


Aqmal ni apa kena? Tergagap-gagap pulak dia nih! 


"Kau ni kenapa?? Tetiba je gagap. Tadi kau jugak yang suruh aku pandang kau. Nih aku tengah pandang lah ni.." 


"Hmm.. Hanis. Aku sukakan kau."


GEDEBUK!


Sedang aku bermain-main dengan kerusi kosong yang berada di sebelah kanan aku, aku secara tiba-tiba terjatuh dari kerusi aku sendiri. Adoi... Sakit...


"Hanis! Kau okey ke?" Soal Aqmal dengan nada yang cemas. 


Mataku terkebil-kebil memandang Aqmal. Aqmal sukakan aku? Betul ke? Dulu aku pernah jugak menaruh perasaan kat Aqmal. Aku selalu jugak tulis dalam diari aku, bahawa impian hati aku, nak jadi isteri yang solehah. Terutama pada lelaki yang aku cintai. Tapi, adakah orang itu adalah Aqmal? Mama.... Takut.......


"Hanis? Hello..."


Akhirnya aku tersedar dari lamunan.


"Apa yang kau cakap tadi ya? Aku kurang jelas." Aku menyoal kembali. Bukan apa, hanya inginkan kepastian.


"Aku cintakan kau." Aqmal mengungkap sekali lagi sambil mengelap pipi aku yang terkena aiskrim dek jatuh kerusi tadi. Nasib baik skirt aku still okey.

No comments: