11 August 2011

Impian Hatiku 4

    Aqmal Razif smash bulu tangkis yang datang tepat ke arahnya. Bulu tangkis tersebut melantun kembali pada Harry Derean. Harry tidak sempat untuk menangkis bulu tangkis yang datang kepadanya.

"Yahoo!!!" Aqmal bersorak keriangan. Bulu tangkis yang dipukulnya itu masuk!

"Huh! Suka sangat la tu.." Harry mengeluh kecewa. Harry adalah pelajar yang beragama Kristian, dan juga sahabat karib Aqmal. Aqmal adalah seorang yang tak memilih dalam berteman. Harry pula sentiasa menghormati Aqmal yang beragama Islam itu. Mereka mula berkenalan sejak kali pertama menjejaki ke UNiSEL.

"Relax la.. Kita akan menang pertandingan pada tahun ni!" Aqmal memberikan kata-kata semangat pada Harry. Tahun yang lepas, universiti mereka kalah dalam perlawanan badminton. Pada tahu ini, Aqmal sudah berazam untuk menaikkan nama universiti mereka semula.

Mereka berdua duduk di bangku dan meneguk air minuman masing-masing. Letih.

*****

"Waaa!!!Neesa!! I miss you!" Aku memeluk Khairunisa' dengan penuh gembira. Bukannya apa, dah lama tak jumpa. Rindu nak share cerita terbaru. He he..

"Aku pun rindu kau jugak! Kenapa kau baru sampai? Kau datang tak taklimat pagi tadi?" Khairunisa' menyoal. Dia langsung tidak melihat Hanis pagi tadi.

"Aku sengaja datang lewat. Malaslah nak dengar taklimat-taklimat ni.. Kau macam tak kenal aku." Aku tersengih-sengih memandang Khairunisa'.

"Ceh! Kurang asam. Jenuh aku mencari kau pagi tadi, tahu tak!" Khairunisa' buat muka merajuk.

"Alolo.. Jangan majok..Tengok apa yang aku bawak!" Aku menghulurkan satu hadiah yang sudah aku balut dengan kemas. Hadiah hari lahir Khairunisa' yang aku beli 3 hari lepas.

"Apa ni? Hadia birthday aku ke?'Lantas Khairunisa' mengambil dan membuka balutan hadiah tersebut.Terbeliak mata Khairunisa' memandang.

"Ya Allah! Buku Harry Potter yang terakhir! Thank you Hanis!" ucap Khairunisa' sambil membelek-belek buku tersebut. Aku bersyukur sangat dapat satu bilik dengan Neesa balik!

"You're welcome. Aku nak pi tido jap. Letih. Esok kau gerak aku awal sikit! Aku takut terlewat bangun je.. " Aku tersengih ke arah Khairunisa'. Lalu kakiku melangkah masuk ke bilik tidur. Khairunisa' hanya memandang ke arah ku dengan menggeleng-geleng kepala.

***

   Akhirnya tamat juga kelas pertama untuk pagi ni! Lenguh mata aku duk tengok tayangan je. Nasib baik takde assignment yang pertama. Hu hu..

"Hanis! Petang nanti ada perjumpaan kelab badminton! " Khairunisa' datang menyergah dari belakang. Mau tak terkejut aku dibuatnya!

"Oit! Lain kali bagi salam ye,cik kak! Kaget deh.." aku mengurut dada. Nasib baik aku takde penyakit lemah jantung!

"Hehe.. Sorry la.. ASSALAMUALAIKUM!" Khairunisa' memberi salam sambil tersengih.

"Wa'alaikumussalam cik kak..Kau datang serang aku ni pehal? Baru dapat durian runtuh?" aku menyoal kembali.

"Durian runtuh? Hish.! Takdela.. Petang ni ada perjumpaan kelab badminton. Pertandingan badminton akan diadakan tak lama lagi. Universiti kita tuan rumah." jelas Khairunisa' kepada aku.

"Eh?! Jadi semua universiti negeri Selangor datang sini? Oh tidak.. " keluh aku.

Inilah yang aku paling malas! Pertandingan besar-besaran seperti ini akan mengganggu aktiviti harian aku! Aktiviti apa? Aktiviti tidur siang lah! Huhu..

Aku dan Khairunisa' berjalan bersama-sama pulang ke bilik. Usai solat Zuhur, mataku tiba-tiba terasa amat berat. Jujur aku ingin mengatakan bahawa aku sebenarnya amat mengantuk! Kemudian suasana menjadi gelap.

****

"Hanis! Bangun!!"

Aku mendengar seakan-akan ada orang memanggil namaku.. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Oh, Neesa..

"Ada apa? Aku mengantuk ni.." Aku memisat-misat mataku. Kemudian menguap. Tanganku automatik menutup mulut. Kalau tidak, nanti syaitan masuk!

"Bangunlah! Dah pukul 5 ni.. Nanti ada perjumpaan! Kau belum solat Asar lagi!" ujar Khairunisa'

APA? Dah pukul 5 ? Alamak! Mampus aku! Dengan segera aku menuju ke toilet untuk mengambil wuduk.

"Neesa! Kau pergi dulu. Nanti aku datang." aku berteriak.

"Okey!" balas Khairunisa'.

***

  Khairunisa berlari-lari anak menuju ke tempat latihan permainan badminton. Harry Derean hanya tersenyum melihat gelagat Khairunisa'.

"Assalamualaikum. Sorry lambat." Tercungap-cungap Khairunisa'. Letih!

"Wa'alaikumussalam." jawab Aqmal.

"Hanis mana?" soal Aqmal sambil melihat sekeliling. Mencari kelibat Hanis.

"Hanis baru bangun tidur. Dia baru nak solat. Sebab tu aku datang dulu." Lantas Khairunisa' duduk pada salah satu bangku yang kosong.

***

   Aku tergesa-gesa mencapai tudung bawal yang tergantung dalam almari. Lalu aku memakai pin bunga yang diberikan oleh Aqmal. Aku dengan dia rapat sejak mula-mula masuk universiti ini. Aku suka berkawan dengan dia. Tapi, satu sahaja yang aku masih pelik dengan perangai dia. Cepat marah. Kalau aku tanya sebab apa dia marah. Dia diam je. Kadang-kadang aku geram jugak dengan sikap dia yang aneh tu!
    Setelah aku mengunci pintu bilik, lantas aku membuka langkah dengan laju menuju ke tempat perjumpaan kelab badminton. Ops! Bukan main serius rupa Khairunisa'.

"Assalamualaikum." Aku menyapa dengan muka tak malu. He he..

"wa'alaikumsalam..Kau lewat 10 minit!" balas Khairunisa'.

"So?" Apa kena dengan 10 minit nyeee?? Hati aku bertanya.

"Kau kena denda !" Aqmal menyampuk dari belakang. Kus semangat. Aku mengurut dada perlahn-lahan.

"Denda pebende pulak?" aku menyoal sambil menyuapkan lolipop ke dalam mulut.

"Esok kau kena ikut kita orang training kat Dewan Terbuka Drimas." jawab Aqmal.

"Dewan apa? Sejak bila wujud dewan tuh? Tak pernah ku dengar nama dewan tu.." Aku cuba memikir nama dewan yang disebut oleh Aqmal sebentar tadi. Ada ke?

"Itu aku tak peduli. Yang pasti, aku akan ambil kau kat depan kelas. Faham?!" arah Aqmal dengan nada yang tegas.

Amboi.. Aku lewat 10 minit pun kena denda ke? Hampeh punya kawan...Aku baru aje set masa untuk tidur lepas kelas. Takpe-takpe.. Hari ni hari kau.. Esok-esok akan menjadi hari aku.. Kau tunggu ajela..

No comments: