26 August 2011

CERPEN:: BIRU UNTUKMU, PINK MILIKKU


Nur Amirah Nadleena

Amir Firdaus

    Semua pelajar wanita di kolej berpusu-pusu menuju ke arah seorang lelaki yang baru sahaja turun dari kereta. Dengan perlahan-lahan lelaki tersebut menurunkan cermin mata hitamnya. Apa lagi! Menjerit habis semua pelajar wanita yang berkumpul di hadapan jejaka tersebut. Bagi aku, lelaki tu bukan hensem mana pun! Muka dia macam 'guava' je.. 'Guava'?? Maksud aku jambu le!

"Hoi! Kau tengok sape tu? " Trisya menepuk bahuku. Sengal betul kawan aku sorang ni! Dah tak reti-reti nak beri salam ke apa!

"Dah tak reti nak bagi salam ke cik kak oiii.." aku menyindir .

"Assalamualaikum. Puas?" balas Trisya.

"Wa'alaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuhh.." Haha..Siap jawab penuh lagi!

"Kau tengok sape tadi? Khusyuk bebeno kau tengok tadi." Trisya menyoal.

"Oh.. Aku tengok mamat bajet tuh haa.." aku tunjukkan kepada Trisya ke arah mamat bajet tu.

"Mamat bajet? Haha.. Ada-ada aje kau ni." Trisya menggeleng-geleng kepala.

"Tak adalah.. Aku hairan betul kat perempuan-perempuan yang dok berkumpul kat mamat tuh. Mamat tu bukan hensem pun! Muka macam budak-budak tadika je. Tak faham betul aku!" Sungguh aku tak faham. Setakat mamat tu apalah sangat. Hensem lagi Aaron Aziz. Hi hi..

"Amboi.. Kau hati-hati sikit Mira...Nanti kalau kau berjodoh dengan dia, baru padan dengan muka!" Trisya membidas.

"Sengal betul kau ni! Taknak lah aku! Eee.. Dahlah hari-hari pakai kemeja pink! Gila betul mamat tu. Jambu bebeno!" aku mengutuk lagi.

"Ceh.. Cute apa kalau lelaki minat kaler pink. Aku pun suka. Kau tu aje yang pelik. Pink tu bermaksud seseorang itu memiliki ciri-ciri yang lemah-lembut. Macam aku." Trisya tesengih-sengih.

"Hek eleh! Banyaklah kau lemah-lembut! Habis tu aku ni apa? Sopan-santun? Haha.." Seraya kami berdua ketawa.

  Sedang aku dan Trisya berjalan menuju ke tempat parking kereta. Secara tiba-tiba kaki aku terseliuh lalu aku rebah di atas jalan.

"Aduh! Sakitnya.." Aku memegang kaki kananku yang terseliuh.

"Kau tak apa-apa?" Trisya menyoal cemas.

"Sakit gila ni! Adoyai.." Aku cuba untuk berdiri..Malangnya kaki aku memang sakit gila. Aku cuba tahan saja air mata yang ingin keluar ni.

"Awak tak apa-apa?" Uit! Apa kes mamat kemeja pink tiba-tiba ada kat sebelah aku ni! Oh tidak..

"Awak boleh tolong jaga dia kejap? Saya nak ambil minyak gamat kat dalam kereta. Please.?" Trisya buat muka rayu. Siap kau Trisya! Suka-suka dia aje tinggalkan aku dengan mamat kemeja pink ni! Huh! Geramnya aku!!

"Urm...Kejap je tau. " balas mamat tersebut.

"Okey!" Lantas Trisya menuju ke arah keretanya. Aku hanya berdiam diri. Mana tidaknya! Semua peminat mamat tuh tengok aku macam nak telan je! Seram aku. Macam nak telan aku hidup-hidup aje mereka semua ni!

"Hurm.. Nama saya Amir Firdaus. Awak?" Oh, nama dia Amir.

"Nama saya Nur Amirah Nadleena." Aku hanya tersenyum sumbing. Malas nak melayan mamat jambu ntah hape-hape nih!

Aku cuba untuk berdiri lagi.

"Aduh." Rebah lagi..

"Hey! Kaki awak masih sakit. Taknak pergi klinik ke?" Amir bertanya dengan muka yang serius. Lantas aku menunduk muka. DUPDAPDUPDAP.. Asal dengan jantung aku ni? Aku sakit ke?

"Amir.. Jom lah.. Kita dah lambat ni.." Wanita yang berada di sebelah Amir menarik-narik tangan Amir. Euw.. Geli aku...

"Kejap la.. Kita temankan dia kejap je lagi.. Tu kawan dia dah sampai. Saya pergi dulu. By the way, nice to meet you. " Amir memberikan senyuman kepada aku. Entah ikhlas entah tidak senyuman dia tu.

   Trisya memapah aku. Mata aku hanya melihat tubuh Amir yang kian pergi itu. Gila. Ramai bebeno yang follow belakang dia. Apa yang istimewa sangat kat Amir tu? Ee.. Dengan jantung aku naik gila sekali hari ni.

"Amacam? Kau dah kenal-kenalan dengan mamat hensem plus jambu tu?" Trisya menyoal sambil tersengih-sengih.

"Sengal kau ni! Dahlah main tinggal aku dengan orang lain sebarangan pulak tu! Boleh dia tanya soalan tak masuk akal tu! Kau ni betul-betul bikin aku panas!" Nah! Kan dah kena bebelan terhangat dari aku.

"Sorry la.. Aku memang sengaja kenakan kau.. Ha ha.. Mesti kau dah tahu nama dia,kan? Untunglah kau.. Apa nama dia?" Trisya menyoal kembali.

"Amir." jawab aku sepatah.

"Amir?? Ha ha... Kebetulan atau kau memang berjodoh dengan dia? Dekat-dekat je nama kau dengan dia.. Kau Amirah. Dia Amir.. Cewah..." ujar Trisya panjang lebar.

"Amboi-amboi! Ikut sedap mulut je kau cakap!" Aku memulas pipi Trisya. Tak kuasa aku nak melayan potpetpotpet minah ni.

"Adeh-adeh.. Aku minta maaf! Lepas la.. sakit tahu!" Trisya menjerit kesakitan. Tahu pun sakit!

****

   Pada setiap hujung minggu, aku suka meluangkan masa dengan menolong sepupu aku, Qausar di kedai buku. Qausar bekerja sebagai jurujual. Kedai buku tu sebenarnya milik mama aku. Maklum sahajalah, mama aku suka menelaah buku. Boleh dikatakan, semua buku dalam kedai ni dia dah khatam! Tapi, kedai ini diserahkan kepada Qausar sebab, Qausar pun macam mama aku.. Ulat buku! Aku aje yang tak suka menelaah macam mama aku.. Kalau setakat novel tu bolehlah.. Memang patut pun, mata pelajaran Sejarah waktu aku sekolah asyik failed je!

"Assalamualaikum!" Aku menjerit ke telinga Qausar. Hu hu.. 

"Wa'alaikumussalam.. Kau datang ni ada apa? Nak baca novel free?" balas Qausar dengan selamba. 

"Woit! Tak main la free ni.. Apa kau nak aku lingkupkan kedai ni?" aku memukul Qausar dengan buku masakan yang aku ambil sebentar tadi.

"Sakitlah! Habis tu kau datang ni nak buat apa?" Qausar bertanya kembali.

"Hurm.. Aku datang nak baca.."

"Hah!! Kan aku dah kata, kau datang nak baca novel free kan! Tak boleh tak boleh!" siot betol sepupu aku ni.. Aku belum habis cakap, dah potong line!

"Woit! Kasi aku habis cakap dulu, boleh!? Aku bukan nak baca novel!" aku membidas.

"Habis tu?" 

"Aku datang nak cari buku tentang maksud warna yang kita suka.. Ada tak?" aku menyoal.

"Oh.. Ada.. Tapi tu buku lama punya.. Kau cari kat sana. Kawasan buku-buku motivasi." Qausar menunjukkan jarinya ke sebelah kanan sambil tersenyum. Haish.. Oh Qausar..Apasal senyuman kau tu menawan sangat! Nasib baik aku anggap kau macam abang aku! Hu hu.. Aku ni anak tunggal..

"Kawasan buku motivasi? Apa kes kau letak kat sana?" Hairan betul aku dibuatnya.

"Ikut suka hati aku la Nur Amirah Nadleena oiii.. " balas Qausar. Aku hanya mencebik.

Aku melangkah ke arah yang ditunjukkan oleh Qausar sebentar tadi. Setibanya aku di rak kawasan buku motivasi, tanganku segera mencari buku yang aku ingin baca. Hah! Jumpa pun.. Rahsia Kenali Watak Melalui Warna Kegemaran. Hatiku bersorak riang. Aku kembali ke meja kaunter dan baca buku tersebut di sebelah Qausar.

"Yang kau tiba-tiba nak baca motivasi ni kenapa? Demam?" Qausar menyindir.

"Ikut suka hati aku la.." aku membalas sambil membelek-belek buku yang aku pegang.

When I see your face.. 
There's not a thing that I would change..
Cause you're amazing..
Just the way you are..

Nada handphone milik Qausar berbunyi. Qausar dengan segera mengangkat panggilan tersebut. Mak oi.. Lagu Just The Way You Are tuu.. Aku punya pakai nada KRINGGG KRINGGG je.. Romantik bebeno sepupu aku sorang ni.. 

"Mira, kau jaga kaunter jap. Aku nak cakap dengan kawan aku kejap." Qausar segera keluar dari kedai. Amboi.. Bukan main nak private dengan aku sekarang! Sabo jela..

Aku terus membelek-belek maksud apabila kita sukakan warna pink. Apasal aku beria-ria sangat ni? Argh..Lantak la..

"Hah? Warna pink melambangkan romantik? Gila! Patut asyik seram semacam aku tengok muka budak tuh!"

"Ehem-ehem." Aku mendengar batukan kecil dari seseorang di hadapan aku. Lantas aku mendongak ke atas. Oh tidak...

"Mira? Awak buat apa kat sini?" Mamat jambu pakai kemeja biru hari ni? Wahh.. Warna favourite aku tuuu..

"Mira?" Aku masih lagi hanyut dengan warna kemeja yang dipakai oleh mamat jambu ni..

"Mira!!!" Qausar memukul kepala aku dengan kertas A4 yang digulungnya.

"Aduh! Sakit lah!" getus aku dengan perlahan.

"Semua 6 ringgit,encik." Qausar memberitahu harga buku yang dibeli oleh Amir. Aku hanya tersenyum sumbing. Malu siott..

"Hurm.. Kenapa Mira seram tengok orang yang minat warna pink?" Amir bertanya. Sejurus mendengar pertanyaan itu, mata aku asyik terkebil-kebil. Alamak! Dia dengar ke tadi?

"Takdela.. Tadi saya dengar awak cakap warna pink melambangkan romantik. Dan awak cakap awak seram tengok muka budak tuh? Maksud awak siapa budak tu? Saya ke?" Amir cuba mengusik. Muka aku segera bertukar menjadi merah. Waaa.. Malu!! Mama! Nak balik..Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Memang aku seram sangat tengok muka Amir ni!

"By the way, awak mesti dah tahu warna kegemaran saya,kan? Hurm.. Awak pulak suka warna apa?" soal Amir yang cuba lari sikit dari pertanyaan awalnya itu.

"Saya suka warna biru laut." laju sahaja aku menjawab pertanyaan itu.

"Oh.. Mesti awak berkenan kat kemeja saya ni,kan? Ha ha.." ujar Amir sambil ketawa. Ces.. Nak kenakan aku ke ni!

"Takde maknanya.." balas aku dengan selamba.

"Hurm.. Mesti ada makna ni.. " Amir membuat lagak detektif yang cuba memikirkan siapakah pembunuh yang disyaki. Ha ha.. Memandai je aku.. Suka-suki aku je nak panggil dia mamat jambu.. Sebenarnya suara dia lelaki pure. Garau gila! Kalau nyanyi lagu Jamal Abdillah pun mesti suara sebijik.

"Ha ha.. Awak ni kelakar la.. " Akhirnya boleh jugak si Amir ni buat aku ketawa. Selama ni aku asyik tengok dia dari aspek comel je.. Hari ni, kenapa aku nampak dia hensem semacam?

"Kelakar? Saya mana ada buat lawak tadi.. " Amir mencebik.

"Assalamualaikum..Excuse me.." Qausar mencelah. Haih.. Kacau daun betul si Qausar ni.. Langsung takleh tengok sepupu dia bahagia. Hu hu..

"Iye, abang Qausar ada apa??" aku menyoal.

"Kepada korang-korang.. Saya tak berniat nak ganggu perbualan korang-korang tadi.. Tetapi apakan daya, masa mencemburui korang-korang.. Kerana, saya nak tutup kedai. Ada faham?!" Amboi.. Dengan penuh sopan si Qausar ni bagitahu. Haha..

"Maafkan saya. Saya pun kena balik jugak ni.. Kita jumpa kat Kolej esok,ya!" ujar Amir.

"Awak, esok hari Ahad la.. Kelas ada hari Isnin." balas aku sambil tersenyum. Amir tersengih-sengih. Lupa lah tu..

"Kita jumpa hari Isnin.. Assalamualaikum." 

"Wa'alaikumussalam."

*****

   Usai sarapan pagi, aku dijemput oleh Trisya untuk ke kolej. Kolej kami hanya setengah jam dari rumah. Hari ini, Trisya hanya membawa kereta kancil. Katanya malas nak memandu kereta besar-besar. Aku hanya menggeleng kepala mendengar alasan Trisya itu. Padahal nak jimat kos belanja.. ha ha..

   Sebaik sahaja kami tiba di kolej, kami segera masuk ke kelas. Bukan apa, pagi ini kelas Puan Hamidah. Kalau lewat sikit jangan harap boleh masuk!

"Nasib baik sempat.." ujar Trisya yang sebaik sahaja masuk kelas. 

Aku dan Trisya duduk di kerusi yang kosong yang berada di hadapan sekali.

   Setelah kelas tamat, aku dengan segera bergegas menarik tangan Trisya pergi ke tandas. Sakit perut gila! Itulah, malam tadi main makan je.. Semua salah papa lah.. Sape suruh beli dua kotak pizza. Hu hu..

"Sakit perut.." aku merungut.

"Itulah, lain kali kau makan semua makanan yang ada dalam peti sejuk tu! Ha ha..Baru padan dengan muka.." balas Trisya sambil tergelak. Kurang asam jawa!

"Hai Mira." sapa Amir.

"Assalamualaikum. Hai." aku memberi salam terlebih dahulu.

"Wa'alaikumsalam. Jom lunch sama-sama?" Amir mengajak dengan memberikan senyuman.

"Cute gila mamat ni!" sempat lagi Trisya membisik ke telinga aku.

"Hah? Hurm.. Boleh jugak. Tapi boleh kan kalau saya ajak kawan saya?" aku menyoal.

"Boleh. Apa salahnya.. Jom!"

Kami berdua hanya mengikuti Amir dari belakang. Kami menuju ke kafetaria yang dekat sahaja dengan kolej.

"Air sirap bandung satu. Jangan lupa letak ais." Amir memberitahu kepada pelayan.

"Kami pulak, air milo ais dua." giliran aku memesan minuman.

"By the way, kenapa awak order air sirap bandung?" aku menyoal. 

"Sebab air tu warna pink! Haha.." balas Amir..

Pulak? Kemaruk warna pink betul mamat nih! 

"Anyway, sebenarnya saya ada beli T-Shirt semalam.. Tapi terbeli yang saiz untuk wanita punya.. Jadi saya tak tahu nak bagi kat sape.. Kalau nak tukar balik memang sah-sah tak boleh..Sebab saya dah hilangkan resit belian." ujar Amir sambil tersengih-sengih.

"So?"aku menyoal.

"So.. Saya hadiahkan kat awak T-Shirt ni.. Memandangkan T-Shirt ni warna biru laut. Jadi saya rasa saya patut bagi T-Shirt ni kat awak. Nah" Amir menghulurkan paper bag kepadaku.. Kedua-dua belah kening aku automatik terangkat. Pelik.

"Kenapa awak tak bagi kat peminat-peminat awak je?" selamba je aku menyoal balik.

"No!" laju Amir membalas. No? Apa kena pulak mamat ni?

"No.. Maksud saya, T-Shirt ni sesuai untuk awak. Awak kan suka warna biru? Kan?" sambung Amir lagi.

Aku mengambil paper bag yang dihulur oleh Amir itu.

"Thanks." ucap aku..

"Most welcome." balas Amir dengan menggariskan senyuman ikhlas.

****

   Sebaik sahaja Trisya memberhentikan keretanya tepat depan rumah aku, aku terus membuka pintu kereta.

"Eh!! Kejap-kejap.. Kenapa kau boleh berbaik dengan mamat yang kau duk kutuk kemain dulu tu?" soal Trisya.

"He he..Biarlah rahsia.." balas aku dengan nada lagu Biarlah Rahsia oleh Datuk Siti Nurhaliza.

"Mengada! Dahlah! Aku merajuk!" Trisya mencebikkan bibirnya. 

"Eh! Eh! Yang kau tetiba nak merajuk tak tentu pasal ni nape? Sawan?" sengaja aku menaikkan kemarahan Trisya.

"Sudahlah! Aku chow dulu!" Berdesup Trisya memandu kereta kancil miliknya itu..Amboi..Marah bebeno dia kat aku.. Bisik hati aku..

***

   "Mak Esah!" Aku menjerit dari belakang Mak Esah. Pembantu rumah aku. Aku memang rapat dengan Mak Esah sejak kecik lagi. Parents aku memang selalu sibuk.

"Oo! Mak kau meletup!Meletup sudah.. Terlebih sudah makcik Stacy.." latah Mak Esah. Aku hanya tergelak mendengar Mak Esah melatah. Memang aku sengaja nak buat Mak Esah melatah. Ha ha.. Jangan sungguh kau ni Mira. Bisik aku.

"Ya Allah! Amirah! Terkejut Mak Esah. " Mak Esah mengurut dadanya.

"He he.. Maap-maap.." Dengan segera aku meminta maaf.

"Ada apa gembira sangat ni? Amirah tak nak kongsi dengan Mak Esah ke? Apa omputeh cakap? Sharing is ... Is apa ye? Mak Esah dah lupa." Mak Esah masih berfikir.

"Sharing is caring lah Mak Esah." jawab aku sambil tersenyum.

"Haaa! Sharing is caring.. Cecite-cecite." Bersemangat Mak Esah ni.

"Haha.. Ada ada je Mak Esah.. Nak sharing pebende nye.. " Aku cuba menyembunyikan perasaan aku.

"Apa Mira ingat Mak Esah tak kenal Mira? Mak Esah dah jaga Mira 24 tahun,tahu. Sejak Mama Mira berpantang lagi. Takkan dengan Mak Esah pun Mira nak berahsia.." rajuk Mak Esah.

"Eh! Eh.. Dah lama kita bersama ye Mak Esah.. Cepat betul masa berlalu."

"Hah! Nak tukar topik lah tu.." balas Mak Esah. Macam tahu-tahu je..

"Ha ha.. Takdela Mak Esah.. Sebenarnya.. Mira ada nak tanya sesuatu.."

"Pasal apa??" Cepat betul Mak Esah menyampuk. 

"Macam mana perasaan cinta tu ye?" Terkeluar jugak dari mulut aku tanya soalan tu.

"Oh.. Ingatkan nak tanya apa.. Cinta? Kejap-kejap..Mak Esah nak ingat semula tentang perasaan tu masa Mak Esah bercinta dengan Pak Daud tu..." Mak Esah cuba mengingatkan semula.. Pak Daud tu pemandu papa aku..Huhu.. 

"Hah! Cinta tu adalah perasaan yang lahir dari hati.. Cinta itu kadang-kadang pelik. Cinta membuatkan kita rasa bahagia. Kadang-kadang duka. Tanpa kedua-dua itu, tidak lahirlah cinta. Cinta bukan sekadar kepada manusia.. Tetapi harus kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.." tudiaaa..Panjang lebar Mak Esah berpuitis..Hahahaha...

"Jadi? " soal aku.

"Jadi... Cintalah Allah dan kekasihnya, Rasulullah SAW.. Kemudian ibu bapa dan keluarga.. Barulah kita cari cinta sejati dengan pasangan..Ha.. Dah faham?" soal Mak Esah.

"Cayalah Mak Esah.. Kenapa Mak Esah tak jadi penulis? Nanti boleh jual buku..Laku tu..Ha ha.."

"Ada ada je Mira ni.. Yang Mira tanya soalan macam tu. Kenapa? Mira dah jatuh cinta ke?"

"Takdela.. Saja je nak test ayat puitis Mak Esah.. Ha ha.." Aku hanya tergelak. Tak mampu nak ceritakan hal yang sebenarnya.

"Elleh.. Nampaknya tak dapatlah Mak Esah nak merasa nasi minyak kamu tahun ni.." Mak Esah memberikan ayat tersurat.

"Nasi minyak? Nasi lain takde?" aku hanya membuat lawak..

"Haha.. Kalau Mira kahwin, Mak Esah buat bubur..!" lantas Mak Esah berlalu dari tempat duduk.

"Mak Esah nak kemana??" jerit aku.

" Solat lah Mira oiii..." balas Mak Esah dengan menjerit juga.

Hurm.. Cinta? Adakah aku jatuh cinta? Oh man...!!

****

   Hari ini, kolej aku ada aktiviti larian 1 Malaysia.. Aku serba salah kerana tidak pernah sekalipun aku memakai baju yang diberi oleh Amir. Apa kata aku pakai baju tu hari ni? Lantas aku memakai baju tersebut. Cantik. Warnanya biru lembut, labuh pula tu. Suka suka.. Aku mencari nama Trisya di dalam kenalan di telefon N75 milik mama aku. Aku ni jimat sikit orangnya. Malas nak membazir kreditku.

"Hello.." lemah sekali suara Trisya. Apesal dengan dia ni?

"Hello. Trisya! Kau sihat tak?" soal aku.

"Aku pening sikit hari ni. Aku m.c.. " jawab Trisya dalam suara yang serak.

"Oh.. Kau rehat baik-baik. Petang nanti aku lawat kau kat rumah. Jangan lupa makan ubat taw!" pesan aku kepada Trisya. Maklum sajalah, Trisya memang kawan baik aku sejak tadika lagi! Ha ha.

"Thanks. Nampaknya kau terpaksa naik bas. Sorry ye." ujar Trisya.

"Eh, takde apa-apa lah.. Kau rehat je.. Lagipun, mama aku tak kerja hari ini. So, aku bawak kereta mama hari ni. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." lantas aku memicit punat berwarna merah di telefon bimbitku. Memang dah lewat sangat nih! Lantas aku masuk ke dalam kereta viva berwarna hijau milik mama.

    Setibanya aku di kolej, aku diserbu oleh ramai gila pelajar wanita kat kolej aku! Apa kes ni!?

"Woi pompuan! Yang kau menggatal dengan boyfriend aku apasal ha?! Dah takde lelaki lain kau nak menggatal?" jerkah salah seorang perempuan yang merenung tepat ke dalam mataku! Ewah! Ewah.! Dahlah datang serbu aku tak bagi salam! Ada hati cakap aku rampas boyfriend dia. Sape lah mamat yang jadi boyfriend dia ni? Malang betul.

"Assalamualaikum cik. Boleh saya tanya siapakah gerangan boyfriend cik tu? Tak silap saya, saya tak pernah lagi belajar nak ngorat boyfriend orang. Saya rasa cik salah orang."Dengan penuh selamba aku menjeling ke arah perempuan tersebut! Huh! Make- up dahlah tebal gila! Tetiba datang serang aku pulak! Lu bikin wa panas woo.. Sabar Mira.. Sabar.

"Wey! Aku belum habis cakap lagi!" lengan aku ditarik kasar oleh perempuan tadi.

"Wey! Sakit lah!" aku menjerit.

"Julia! Lepaskan dia!" Amir menarik tangan Julia supaya melepaskan lengan aku. Tercengang aku sebentar. Mana tidaknya! Si Amir pakai T-Shirt warna biru hari ni? Kartun yang sama dengan T-Shirt yang dipakai oleh aku sekarang ni! Oh tidak.. Kontroversi panas...

"Hey! Kenapa you nak backup sangat perempuan murahan macam dia ni?" Julia memarahi Amir. Tanpa sempat Julia ingin membuka mulut lagi, PANG!!! Tamparan hebat hinggap di pipi Julia. Mak oi!!! Kaget aku! Semua pelajar perempuan yang berada di belakang Julia ternganga luas mulut mereka. Geli hati aku melihat tingkah mereka semua tu. Tapi, aku kesian jugak dekat Julia yang menangis dan melarikan diri setelah terima tamparan oleh Amir tadi. Aku pulak? Masih dalam keadaan kaku. Mata yang sedang membulat.

"Mira okey?" pertanyaan Amir membuatkan aku tersedar di alam nyata. 

"Ha? Okey je. Kenapa?" aku cuba mengawal perasaan malu. Takut pun ada. Baru pertama kali aku melihat Amir menjadi seorang yang serius. Selama ni aku just nampak dia sebagai budak jambu. Haih. Tak baik betul aku.

"Erm.. Sorry lah pasal Julia tiba-tiba serang awak tu ya. Dia tu memang macam tu. Perangai keanak-anakkan. Tahu nak serang orang aje kerjanya." ujar Amir sambil tersengih.  Aku hanya tersenyum sumbing mendengarnya.

"Biasalah. Semua girlfriend pon akan lakukan macam tu. Cemburu. Cemburu tandanya sayang." jelas aku.

"Hah??? Girlfriend?? Ha! Ha! Julia tu sepupu saya lah.." Amir tergelak.

"Sepupu? Habis tu kenapa dia.." aku mati kata.

"Dia tu sakit. Sakit otak. Asyik-asyik panggil saya 'sayang'. Tapi saya hanya anggap dia sebagai adik sahaja. Sebab.." Kali ini Amir pulak mati kata.

"Sebab?" aku menyoal.

"Sebab adik kandung saya telah meninggal dunia masa umur dia 4 tahun. Sekarang ni kalau dia masih ada, dia sama umur dengan Julia." Wajah Amir yang ceria tadi tiba-tiba suram.

"Maafkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak berniat.."

"Tak apa. Hurm.. Awak tahu tak kenapa saya suka kawan dengan awak?" Wajah Amir kembali ceria. Mungkin dia taknak kenangkan arwah adik dia.

"Kenapa?" aku menyoal lagi.

"Sebab.. Awak kiut!" Amir memuji. Ceh.. Poddaaahhh.. Sengal betul mamat nih. Aku hanya mengeluh. Lantas aku pergi meninggalkan Amir di belakang. Acara dah nak bermula. Aku kena masuk barisan ni!

"SEMUA PELAJAR.. SILA BERATUR MENGIKUT JURUSAN KAMU MASING-MASING. " Encik Haizul memberi pengumuman dengan kuat. Aku bergegas menuju ke tempat di mana kelas aku sedang beratur.

  Acara dimulakan. Aku hanya berlari dengan perlahan. Ha ha.. Malas nak lari laju-laju. Buang tenaga aje.. 

"Hai. Boleh kenal?" sapa seseorang dari belakang aku. Lalu aku menoleh ke belakang. Ceh! Amir. Sengal. Aku hanya mendiamkan diri dan terus berlari.

"Sombongnya dia..Ibu saya cakap, orang perempuan tak boleh sombong-sombong, nanti boyfriend lari. " usik Amir lagi. Aku hanya tergelak mendengar kata-kata Amir.

"Awak, saya nak tanya sikit boleh?" aku memperlahankan langkah. 

"Apa dia?" Amir berlari seiring dengan aku.

"Kenapa baju yang awak pakai tu, serupa dengan saya?" soal aku.

"Saja." sepatah jawapan dari bibir Amir.

"Saja? Satu lagi. Boleh?" aku inginkan kepastian dahulu sebelum bertanyakan soalan yang kedua.

"Apa dia.. Tanya je.. " Amir tersenyum. 

"Kenapa awak tak pakai baju warna pink? Itu kan warna favourite awak?" aku menyoal.

"Oh.. Sebab saya nak warna biru pulak. " selamba aje Amir memberi jawapan. Segera langkah ku terhenti. Tak faham dengan jawapan Amir.

"Kenapa awak stop ni?" Amir bertanya. Dia juga turut menghentikan langkah.

"Apa maksud awak nak warna biru pulak? Boleh jelaskan dengan detail?" Aku menyoal.

"Oh.. Maksud saya..Awak memang nak tahu ke?" sempat lagi dia gurau buaya dengan aku! Sabo jela~

"Cepatlah!" aku menggesa.

"Sebab, saya nak sukakan warna biru jugak. Macam awak. Setiap kali saya tengok langit yang berwarna biru, Saya pasti teringatkan awak. Setiap kali saya melihat laut yang kebiruan, saya pasti ingat awak. Sebab tu saya nak minat warna biru. Sebab saya nak ingatkan awak selalu." sejurus mendengar penyataan Amir, lantas aku berlari meninggalkan Amir. Maluuuuu!!!

"Mira! Tunggu saya! " Amir mengejar aku dari belakang. Akibat aku terlalu penat nak melarikan diri, akhirnya aku berjalan.

"Kenapa awak lari macam tu je?" Amir bertanya dalam keadaan tercungap-cungap. Letih duk mengejar aku agaknya. Heh! Aku nih selalu dapat pingat emas dalam larian pecut 200x meter kat sekolah dulu tahu! Ada hati nak kejar aku. Hu hu..

"Ha ha.. Letih ke cik abang? Itulah, lain kali jangan kejar saya. Saya ni atlit tahu? " Aku hanya tersenyum melihat Amir yang sedang tercungap-cungap itu.

  Tiba-tiba Amir tersengih. Apahal pulak dengan dia ni? Seram aku.. 

"Apa awak panggil saya tadi?" Amir menyoal sambil tersenyum. Aku hanya mengerutkan dahi. Amende pulak yang aku panggil dia?

"Saya panggil apa tadi? Sorry, tak faham." Aku meneruskan langkah untuk sampai ke kawasan kolej. Sikit lagi! Usaha tangga kejayaan Mira! Caiyok!

"Awak taknak ulang ke apa yang awak panggil saya tadi?" Amir terus mengikuti belakang aku. 

"Ooooo!! Baru ingat. Saya panggil 'cik abang'. Salah ke?" aku menyoal.

"Apa? Tak dengar. Ulang lagi boleh?" usik Amir.

Ewah-ewah.. Main-main pulak dia ni! 

"Tak dengar? Ish. Ish. Ish. Kasihan.." Lantas aku melarikan topi yang dipakai oleh Amir. Elleh, kata nak sukakan warna biru. Topi nih still warna pink, apa kes? 

****

"Assalamualaikum!! Trisya.. Oooo Trisya.." Aku menjerit memberi salam kat luar rumah Trisya. Tak senonoh betul aku. Haha..

"Wa'alaikumussalam.. Oh Mira, Marilah masuk, Trisya tengah tengok tv." jawab Puan Fida, ibu kepada Trisya.

"Nih, kuih Mira beli kat kedai tadi auntie. He he.. Hadiah spesial untuk auntie." Aku tersengih-sengih.

"Untuk Auntie je? Untuk orang sakit kat dalam tu Mira bawak apa?" Soal Puan Fida sekadar gurauan semata-mata.

"Untuk Trisya, Mira tak bawak apa-apa. Haha.. " Seraya kami berdua ketawa. 

"Uhuk-uhuk. " terdengar batukan kecil oleh Trisya. Lantas aku ke bilik Trisya

"Kesiannya kawan aku.. Nah! " aku menyerahkan satu keychain yang mempunyai kata-kata semangat kepada Trisya. Trisya melihat keychain itu dengan riak yang aneh.

"Sape bagi ni?" soal Trisya.

"Amir. Dia kata dia nak lawat kau, tapi tak jadi. Sebab ada kerja." jawab aku sambil makan buah epal yang disediakan oleh Puan Fida sebentar tadi.

"Amir bagi? Baik betul dia. Aku tengok kau dengan dia rapat semacam je.. Ada apa-apa ke?" Trisya menyoal sambil tersengih.

Eh! Eh! Dia ni.. Dalam demam-demam pun ada hati nak menyakat aku.

"Kami kawan." balas aku.

"Oh.. Kawan.. Nanti bolehlah aku ngorat si Amir. Hensem jugak dia tu.." ujar Trisya. Sengaja lah tuh nak buat aku marah. Podaaahh..

"Ngorat le.."balas aku. Malas nak melayan si Trisya nih. Hu hu..

****

   Saban hari perasaan aku terhadap Amir makin aneh. Setiap kali aku menatap wajahnya yang selalu mesra tu, jantung aku pasti  berdegup pantas. Adakah ini cinta? Astaghfirullahal'azim.. Ya Allah, Kau ampunkanlah diriku yang hampir sahaja melupakanMu. Andai aku mencintai Amir, satukanlah aku dengannya. Aku berdoa sebaik sahaja selesai solat Isya'. K

KRINGGG KRINGGG!!! Telefon rumah berdering. Baru sahaja aku turun dari tangga untuk menjawab panggilan, nampaknya mama aku lagi pantas. Ha ha..

"Mira, thats for you." Mama menghulur ganggang telefon kepada aku. Lalu aku mengambil ganggang tersebut.

"Hello. Sape ni?" aku memulakan perbualan.

"Mira, ini saya, Amir. Saya nak bagi tahu awak sesuatu. Penting." ujar Amir dengan nada seperti tergesa-gesa.

"Ada apa? Penting?" Penting ke? Takut aku dibuatnya. 

"Yes! Very important. Hurm.. Boleh kita jumpa malam ni? Di restoran yang kita selalu pergi." balas Amir.

"Okey. Tapi kejap je tau. Sebab papa saya ada kat rumah."

"Okey. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam." Lantas aku meletakkan ganggang. 

****

   Aku menuju ke pintu gerbang restoran dengan langkah yang perlahan. Entah amende lah si Amir nak bagi tahu. Jangan-jangan dia nak masuk meminang aku tak? Uish.. Tak mungkinlah. Aku cuba meyakinkan diri untuk langkah masuk ke dalam. 

"Mira! Sini.." Amir memanggil dari jauh.

Aku menuju ke arah meja makan yang sudah ditempah oleh Amir. Amboi.. Private gituh.

"Ada apa yang awak nak bagi tahu perkara penting tu?" aku mula menyoal. Malas nak buang masa.

"Sebenarnya, keluarga saya akan pindah ke luar negara. Di US. Sebab kontrak ayah saya. Lepas Subuh esok kami bertolak." ujar Amir.

   Mataku sudah mula bergenang. Tapi, aku tetap cuba bertahan. Aku tetap tidak akan biarkan air mataku yang bergenang itu dari mengalir ke pipi.

"Oh.. " balas aku dengan bersahaja.

"Jadi.. Saya kena bagi tahu awak hari ni jugak." tutur Amir dengan muka yang serius. 

"Nur Amirah Nadleena binti Rashid, sudikah awak menunggu saya pulang?" Amir menatap terus ke dalam mataku.

"Menunggu awak pulang? Mestilah saya tunggu. Apa awak cakap ni?" Jantungku berdegup dengan pantas! Kenapa ni?!!

"Sudikah awak menunggu saya pulang? Lepas saya pulang ke Malaysia semula. Saya janji akan terus masuk meminang awak." Amir tersenyum. Waaaa.!! Masuk meminang?! Betul ke apa yang aku dengar ni??

"Hah? Kenapa awak nak masuk meminang?" aku pura-pura menyoal soalan yang aku tahu memang bodoh sekali.

"Sebab saya betul-betul cintakan awak,Amirah. Jadi, sudikah awak menunggu saya pulang?"bisik Amir ke telinga aku. Seram!! He is really romantic! 

Aku hanya mendiamkan diri. Masih tercengang dengan kata-kata Amir. Beberapa saat kemudian, barulah aku memberikan senyuman kepada Amir. Gembira!

"Kalau betul awak cintakan saya, saya sudi menunggu awak hingga akhir waktu." balas aku sambil tersenyum. Hati aku sekarang memang dah berbunga tahap dewa nih!

****

5 tahun kemudian..

"Mira! Uncle Rashid panggil kau!" Qausar beritahu kepada aku dengan tergesa-gesa. Papa panggil aku? Ada apa,ya?

Aku pergi ke bilik bacaan. Qausar cakap papa ada kat dalam bilik bacaan.

"Yes papa? Ada apa panggil Mira?" aku menyoal sambil melihat ke arah papa aku yang sedang menghisap rokok! Geram betul aku dengan papa nih! Suka sangat merokok. 

"Mira, listen to me. Sejak kebelakangan ni, Mira selalu menolak pinangan daripada anak kawan papa. Mereka semua tu bukannya orang yang tak baik. Tiga minggu lepas, si Raziff datang, Mira tolak pinangan dia. Si Raziff tu hensem je papa tengok. Dua minggu lepas pulak, Mira tak nak terima pinangan si Farid. Kata Mira, Farid tak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman Mira. Papa tengok okey je.. Lagipun dia ada pekerjaan tetap. Engineer pulak tu. Papa bukannya apa, papa tak nak orang lain cakap keluarga kita nih terlalu memilih. Semalam ada kawan lama papa datang nak merisik Mira. Sekaligus datang meminang. Mira macam mana? Mahu atau tidak?" Papa menyoal sebaik sahaja duduk di kerusi.

Alamak! Semalam ada lagi ke? Adoii.. Aku serba salah pulak dengan papa. Aku hanya tersengih memandang ke arah papa.

"Hurm.. Mira fikirkanlah dahulu. Malam nanti Mira bagi jawapan kat papa." Bingkas papa dari tempat duduk, lalu papa keluar dari bilik bacaan.

   Qausar masuk ke dalam bilik bacaan sebaik sahaja melihat papa keluar.

"Uncle Rashid cakap apa?" Qausar menyoal. 

Aku mengeluh.

"Semalam ada orang datang nak masuk meminang aku. Papa suruh aku fikirkan nak terima atau tidak." balas aku dengan nada yang malas.

"Oh.. Baik kau terima aje pinangan orang tu. Lagipun kau tak kesian ke kat famili kau? Lagipun, kau pasti ke si Amir tu masih ingatkan kau? Dah masuk 5 tahun dia tinggalkan kau. Takkan kau still nak tunggu dia?" Qausar menyoal lagi.

Hurm..Mungkin betul kata Qausar. Amir langsung tak pernah balas email aku. Mungkin Amir sudah melupakan aku. Lantas aku bergegas mencari papa.

"Papa, Mira setuju."

"alhamdulillah.." Papa mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dia akan menerima seorang menantu juga.

****

   Hari ini adalah hari perkahwinan aku. Hati aku masih berat hendak bangun dari tidur. Kalau boleh aku nak pengsan seharian! Semua persiapan dah siap. Aku masih lagi tak kuasa nak melihat baju pengantin! Baju pengantin yang akan aku pakai pada hari ini, dipilih oleh bakal suami aku sendiri. Oh,ya! Aku langsung tak tahu nama bakal suami aku sendiri! Malas nak ambil tahu! 

"Astaghfirullahal'azim..Budak ni tidur lagi? Mira!!! Bangun!!" jerit mama ke telinga aku. Jeritan mama memang boleh mengalah Azlan the Type-Writer!! Bingit sekali telinga aku dibuatnya. Lantas aku menggeliat. Menguap. 

"Mira! Mandi!! Kejap lagi mama nak kamu turun! Pakai baju untuk akad nikah nanti! Kemudian lepas nikah, pakai baju untuk persandingan pula! Faham?!!" arah mama.

"Faham.." jawab aku dengan nada yang malas!!

****

  Bunyi paluan kompang membuatkan hati aku rasa tak tenteram! Rasa nak lari aje dari rumah! Huaaaaa...Amir.. Where are you..Aku membuka langkah yang berat untuk turun melihat bakal suami aku! Cettt... Podahh.. Pakai cermin mata hitam apa kes!? Huh! Tak kuasa nak melayan. Baik aku mengisi perut aku yang kosong dengan kek pengantin. Ha ha.. Sepatutnya kek tu harus dimakan masa persandingan. Lantak lah! Aku peduli apa.

"Mira! Masya-Allah budak ni.. Pengantin lelaki dah sampai, kamu boleh lagi duduk makan kek untuk persandingan petang nanti? Dahlah pakai baju kurung zaman tok kaduk! Kamu ni nak kahwin atau tidak?" marah mama aku. Hu hu..

"He he.." aku hanya tersengih. Mama menarik lengan aku ke dalam bilik solekan pengantin. Aku hanya tersengih pada jurusolek.

"Oh, ini pengantin perempuan. Comel. Patutlah pengantin lelaki berkenan. Meh duduk sini. Cik Kiah nak kasi muka kamu cantik-cantik sikit." ujar Cik Kiah. Jurusolek yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki juga. Aku hanya membiarkan sahaja Cik Kiah solek muka aku. Nampaknya aku terpaksa redha dengan perkahwinan aku kali ini.

  Setelah aku siap disolek, Cik Kiah mengambil baju kebaya yang berwarna biru laut dan bercorak bunga yang berwarna pink. Aik?? Lain macam je aku tengok baju tuh.

"Ops! Cik Kiah tersalah ambil. " Cik Kiah menggantungkan semula baju kebaya tadi. Dia mengambil baju kurung yang berwarna putih dan diserahkan kepada aku.

"Cik Kiah.. Boleh saya tahu apa nama pengantin lelaki?" aku menyoal. Hati aku begitu teruja hendak mengetahui nama pengantin lelaki.

"Hurm..Nama pengantin lelaki, Amir Firdaus bin Sulaiman." Sejurus mendengar nama itu, air mata aku terus mengalir. Sungguh aku tidak percaya bahawa aku akan berkahwin dengan Amir? Is it true? Sebaik sahaja aku memakai baju kurung yang diserahkan oleh Cik Kiah, lantas aku bergegas menuju ke luar rumah. Ya! Itu memang Amir. Dia sekarang memang banyak dah berubah. Kulitnya sekarang sudah menjadi sedikit gelap. Tak seputih dahulu. Tapi dia tetap hensem di mataku. Amir memandang rupa aku dengan tersenyum. Aku memang rindukan senyuman itu.

****

7 bulan berlalu...

  Kini aku bahagia bersama suami aku, iaitu Amir Firdaus. Budak guava yang aku langsung tak menyangka bahawa aku akhirnya menjadi isteri di sampingnya. 

"Abang.. Comel tak baju ni?" Aku menyoal Amir tentang baju berwarna pink yang aku ambil. 

"Pink? Haha.. Comel sesangat. Tapi kalau yang biru nih lagi lawa." ujar Amir sambil menunjukkan blaus biru yang dipilihnya secara spontan. Aku membulatkan mata. Lawak betul suami aku nih.

"Sayang.. Sayang tahu tak, masa abang kat US, abang selalu belikan gaun berwarna biru. Tapi.." kata-kata Amir tiba-tiba terhenti.

"Tapi apa?" aku menyoal.

"Tapi, abang tertinggal kat sana.. He he..Sorry.." Amir tersengih.

"Oh.. Tak apa.. Lagipun kita boleh beli kat sini..Tapi dengan satu syarat!" ujar aku dengan teruja.

"Apa syaratnya?" soal Amir.

"Syaratnya.. Pink harus menjadi milik sayang. Biru pulak, abang boleh ambik. Ha ha.." Seraya kami berdua ketawa.

"Mana boleh macam tu.. Pink dan biru adalah milik kita berdua.." ujar Amir.

"Mana boleh macam tu.. Pink dan biru menjadi milik kita bertiga.." Segera aku memalingkan muka ke belakang.

"Bertiga? Means? Sayang pregnant ke????" soal Amir dengan nada yang memang sangat teruja. Habis semua pelanggan kat kedai tu berpaling ke arah kami. Malu aku!

"Abang! Janganlah cakap kuat-kuat." aku mencubit lengan Amir.

"Adeh.. Jadi betullah sayang pregnant? Hurmm.. Agak-agak anak kita suka warna apa ye?" Amir cuba berfikir sambil buat muka guava dia tuh! Hu hu..

"Ha ha.. Apa-apa jelah abang oi.."

                               TAMAT..

*Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerpen yang tak seberapa ini. :)





2 comments:

Anonymous said...

Sweet2 gituh ....(©.©)

Hamitaf Isami said...

Haha.. comel je berdua ni