20 July 2011

Cerpen: Jangan Pandang Belakang



                                                              
KAYRISYA DAMIA                                                                   ASYRAF KHAZ


     Hari yang cukup indah buat insan yang bernama Kayrisya Damia pada hari ini. Dia memang gembira sekali dengan peristiwa semalam. Peristiwa apa,ya? Peristiwa di mana dia dilamar oleh seorang lelaki yang mereka saling menyintai hampir 2 tahun. 

"Akhirnya berani jugak si Fariz lamar aku." Risya tersenyum sendirian. Masih teringat peristiwa semalam. Wah! Indahnya dunia! Dahlah dapat pakwe hensem! Jiwang pulak tu! Hi hi.. Amboi Risya, happy bebeno ko ni yep? Datin Tiara memandang anak perempuannya itu dengan menggeleng-geleng kepala. Entah apalah yang dia duk berangan tu.

"Risya!" sergah Datin Tiara terhadap anaknya dari belakang. 

"Opocot! " latah Risya.

"Umi! Terkejut Risya tau!" gumam Risya.

"He he.. Sorry. Habis tu umi tengok Risya dah macam tak betul je.. Asyik senyum sorang-sorang." Risya mengangkat sebelah keningnya. 'Tak betul' umi kata kat aku?

"Umi! Sampai hati umi cakap Risya tak betul. Rosak mood happy Risya tadi." Risya berpura-pura merajuk. 

Aduhai Risya. Nak merajuk pulak ye! Datin Tiara mendekati tubuh anaknya itu.

"Ololo.. Merajuk ye? Janganlah merajuk. Umi minta maaf okey? Kenapa Risya happy hari ini?" Hah! Masa untuk mengorek rahsia. Go! Datin Tiara bersemangat ingin tahu rahsia anaknya itu. Bukan apa, Kayrisya langsung tak pernah cerita tentang siapa gerangan jejaka yang sudah menambat hati puterinya itu. Ho ho..

"Umi! Risya dilamar." ujar Risya sambil menunduk mukanya. Malu! Confirm muka aku merah gila sekarang ni! Bisik hati Kayrisya.

"What? Siapa yang propose Risya?" Mak oi! Umi baru aje nak korek nak tahu pakwe Risya. Hari ni Risya beritahu dah kena lamar? Terkejut betul Datin Tiara ni.

Kayrisya hanya tersenyum. 

"Tak lama lagi, dia datanglah rumah kita. Umi tunggu je. Risya sure, Risya tak salah pilih." Ya, Risya! Aku confirm Fariz adalah orang yang tepat.!

"Hurm.. Umi bukannya apa. Risya dah buat solat istikarah? Minta petunjuk dari Allah dahulu. Umi bukannya nak terlalu mengatur hidup Risya. Lepas Risya buat solat istikarah, barulah Risya menentukannya sendiri. Okey?" pesan Datin Tiara.

Kayrisya mengangguk. 

"Yes bos! Tapi kan.. Umi jangan bagitahu kat papa lagi. Tunggu pihak mereka datang dahulu ye? Eh tak! Tunggu jawapan dari Risya lepas solat istikarah dahulu! He he.." Risya tersengih-sengih.

Datin Tiara mengangguk tanda faham. Maklumlah, Kayrisya ni penakut. Takut sangat dekat papa dia tu. Tak faham betul dengan perangai Risya ni. Abang-abang dia tak adalah terlalu takut dengan papa. 

   
   Datin Tiara meninggalkan dari bilik anak puterinya itu. Setelah beberapa minit kemudian, Kayrisya mendengar ringtones 'Price Tag'dari iphone miliknya. Lantas Risya bergegas menjawab panggilan tersebut.

"Hello!" Dengan nada ceria yang dilontar dari bibir Kayrisya.

"Hello. Risya, we need to talk." Serius sahaja nada dari Fariz.

"Talk about what?" 

"Kita kena jumpa. Penting!" balas Fariz.

"Okey. Kat mana? Midvalley?" Risya mencadang tempat.

"Okey."

"Sekarang ke?" soal Risya.

"Yes!"

"Okey. " Kayrisya menekan punat berwarna merah.

   Hurm.. Kenapa serius sangat nada Fariz tadi? Ada apa-apa yang berlaku ke? Fikir Kayrisya.

*****

  Kayrisya menunggu Fariz di hadapan Midvalley. Dia melihat jam di tangan. Hatinya berdebar-debar untuk mendengar apakah perkara penting yang hendak diberitahu oleh Fariz. Dia berasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Dia mencari bangku untuk diduduk. 

"Hah! Ada pun." Kayrisya menuju ke bangku yang kosong tersebut. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki berkaca mata bulat entah dari zaman mana, seluar diangkat setinggi yang boleh, dan rambutnya disikat belah kiri. Kayrisya sedikit tergelak melihat personaliti lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak menyedari akan perbuatan Kayrisya kerana dia sibuk membelek buku Biologi nya.

Mesti budak nerd ni.. Bisik hati Kayrisya.

"Kayrisya!" 

Kayrisya mendengar satu panggilan dari arah belakangnya. Oh, Fariz! Sampai pun.

"Sorry Risya. Tadi jalan jam."

"Takpe.. Apa hal penting yang awak nak beritahu tu?"

"Kita minum dulu? Jom ke kedai sana." Fariz menunjuk arah kedai makan tersebut. Kayrisya hanya mengikuti Fariz dari belakang. Tetapi sempat lagi dia memandang ke arah lelaki yang pelik tadi.

***

  Setelah mereka order minuman. Suasana menjadi sunyi. Entah mengapa mereka didatangi suasana sebegini. Lain macam je..

"So. Apa yang penting tu?" Kayrisya bersuara.Fariz memandang ke sekeliling. Seperti orang ada masalah sahaja si Fariz ni. Fikir Kayrisya.

"Risya, I'm sorry." ujar Fariz.

Kayrisya tidak faham akan apa yang diberitahu oleh Fariz itu. Sorry? Kenapa pula?

"Sorry? Kenapa,ya? Risya tak faham." balas Kayrisya.

"Kita tak boleh bersama."

Kayrisya mendengar kata-kata Fariz itu dengan jelas sekali. Tak boleh bersama? Kenapa Fariz boleh mengatakan sebegitu? Mata Kayrisya sudah mula berkaca. Tetapi dapat dikawal oleh Kayrisya daripada mengalir.

"Apa awak cakap ni? Hari ni bukan birthday saya lah. Janganlah tiba-tiba awak mengarut macam ni." Kayrisya cuba berfikir positif.

"No! I am serious. Kita tak boleh bersama! Tolong dengar cakap saya!" Fariz bangun dari tempat duduk. Dia tidak tahan untuk melihat tangisan yang mengalir ke pipi Kayrisya. Tetapi dia harus tinggalkan Kayrisya! Harus!

  Air mata Kayrisya laju membasahi ke pipi. Dia tidak faham dengan keputusan Fariz. Kenapa Fariz tiba-tiba memutuskan hubungan ini. Sedangkan baru sahaja semalam dia melamar aku. Kenapa Fariz? Kenapa?

"Fariz!!" Kayrisya menjerit nama Fariz. Fariz langsung tidak menoleh ke belakang.

Aku tak faham!Kenapa Fariz tiba-tiba berubah? Kenapa dia mesti putuskan hubungan kami? Kenapa? Air mata Kayrisya terus mengalir. 

"Nah." Kayrisya tersentak sebentar. Dia menoleh ke kanan. Rupa-rupanya lelaki nerd tadi. Dia menghulurkan sapu tangan kepada Kayrisya. Lalu dicapai oleh Kayrisya.

  Lama juga lelaki tersebut menemani Kayrisya. Bukan apa, dia tidak sampai hati untuk meninggalkan gadis itu. Dia takut kalau-kalau Kayrisya akan cuba membunuh diri. Seperti remaja-remaja zaman sekarang. Lepas putus cinta, ambil jalan mudah dengan membunuh diri. 

"Terima kasih sebab awak menemani saya." Kayrisya bersuara. Lelaki tersebut membalas dengan senyumannya. Tidak lama kemudian, Kayrisya berlalu dari situ.

***

   Malam yang penuh dingin membuatkan hati Kayrisya benar-benar sayu. Mengapa sikap Fariz betul-betul aneh? Mengapa Fariz berubah fikiran secara tiba-tiba. Atau jangan-jangan, Fariz ada masalah? Lantas Kayrisya mencapai iphone miliknya dan mencari nama Fariz.

"Hello." Kayrisya memulakan perbualan.

"Hello. Risya?" Fira, adik Fariz yang menjawab panggilan tersebut.

"Fira? Fira, abang Fariz ada?" soal Kayrisya.

Fira memandang ke arah abangnya. Abangnya menggeleng-geleng kepala. Dan memberi isyarat kepada Fira.

"Abang Fariz tak ada. Dia keluar dengan kawan dia." bohong Fira.

"Oh. Boleh akak tahu abang Fariz ada kat mana?" soal Kayrisya lagi.

"Akak, sebenarnya.. Abang Fariz dah bertunang. Atas permintaan parents kami. Dia akan bernikah tak lama lagi. Sorry ya kak." lantas Fira menamatkan panggilan. Dia tak sampai hati untuk terus menyakitkan hati Kayrisya. Kayrisya memang seorang gadis yang baik. 

  Tangan Kayrisya terketar-ketar. Tak mungkin? Kenapa Fariz tidak memberitahunya selama ini? Sekali lagi mutiara dari mata Kayrisya Damia. Dia memeluk teddy bear yang dihadiahi Fariz pada tahun lepas. Kepala Kayrisya menjadi begitu pening. Kayrisya melihat sekeliling dengan keadaan berpinar-pinar. Gelap.

****

    Kayrisya membuka matanya. Dia memandang ke sekeliling. 

"Aku kat mana ni?" perlahan bicara Kayrisya.Tiba-tiba masuk seorang jururawat ke dalam bilik tersebut. 

"Awak dah sedar? Baguslah." jururawat tersebut mengambil ubat yang tertinggal di sebelah Kayrisya.

"Nurse, macam mana saya boleh ada kat sini?" soal Kayrisya. 

"Oh, takde apa-apa. Awak just pengsan." balas jururawat tersebut.Kayrisya mengangguk-angguk. 

"Doktor cakap, awak kena kawal keadaan awak. Awak pengsan disebabkan stress,kan?" Jururawat itu cuba meneka.

Kayrisya hanya terdiam. Jururawat tersebut tidak meneruskan perbualan. Dia cuba memahami situasi pesakitnya itu.

"Okeylah, pagi esok awak dah boleh keluar. Saya pergi dulu. Jaga diri awak elok-elok." nasihat jururawat itu.

Kayrisya tersenyum dan mengangguk-angguk.

***

   Dato' Razak memandang ke arah Kayrisya yang baru sahaja pulang dengan penuh serius. Kayrisya tidak tahu mengapa papanya memandang sebegitu rupa. Kayrisya cuba melarikan diri. Dia menuju ke tangga.

"Risya! Stop! " arah Dato' Razak.Langkah Kayrisya terhenti. Dia memandang wajah papanya dengan perlahan-lahan.

"Papa nak kamu kahwin dengan Asyraf Khaz. Anak kawan papa."  Sejurus mendengar kata-kata Dato' Razak, mata Kayrisya membulat. Terkejut dengan arahan itu.

"What? Papa no! Risya taknak." Kayrisya membantah.

"No? Hey Risya! Don't be a silly. Papa dah tetapkan tarikh pernikahan tu. Lagipun papa tahu, Risya takde calon,kan?" tegas Dato' Razak.

"Papa. Risya dah ada calon la." Datin Tiara menyampuk. Mata Kayrisya mula berkaca lagi. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan hal sebenar kepada uminya itu.

"Jadi siapa bakal menantu papa tu?" Dato' Razak bertanya dengan nada yang sinis.

"Risya?" Datin Tiara mendekati tubuh anaknya itu.

Kayrisya sudah tidak tahan lagi. Dia berlari menuju ke biliknya. Dia menangis sepuas-puasnya. 

"Fariz! I love you! Why you do this to me? Why?" Hati Kayrisya benar-benar terluka. Dia tidak sangka Fariz sanggup bertunang dengan orang lain.

TOK!TOK!TOK! Pintu bilik Kayrisya diketuk. Namun tidak dipedulikan oleh Kayrisya.

"Risya! Please open the door! Ni abang Khairul. " Khairul menjerit dari luar bilik. Kayrisya perlahan-lahan membuka pintu bilik lantas memeluk Khairul.

"Kenapa ni?" Khairul membelai rambut adiknya. Kayrisya terus teresak-esak menangis. Khairul sama sekali tidak faham apa yang berlaku terhadap satu-satunya adik perempuannya itu.

"Abang.. Risya tak tahu nak cerita macam mana. Fikiran Risya betul-betul kusut."

"Kenapa ni..Cuba cerita kat abang." lembut sahaja tutur Khairul.

Kayrisya menceritakan segala yang berlaku terhadap dirinya. Khairul memahami dengan perasaan adiknya itu.

"Adik banyak-banyak bersabar, ya. Pasti ada hikmah di sebalik semua itu." Khairul memujuk Kayrisya. Kayrisya memeluk abangnya itu seerat-eratnya. Mereka memang rapat sejak kecil lagi. Mereka berdua tersentak apabila handphone milik Khairul berdering.

"Hello." 

"Hello! Nih abang Khairul ke? Risya ada tak?" kedengaran suara wanita di hujung talian.

"Ni sape ya?" soal Khairul. Dia hairan kerana dia langsung tidak mengenali nombor yang menelefonnya itu.

"Nih Fira. Adik Fariz. Abang Fariz nak jumpa Risya sekarang. Dia sedang nazak." Kelam kabut kedengaran nada Fira.

"WHAT? Okey-okey. Saya akan beritahu Risya." Lantas Khairul menekan punat berwarna merah. Dia takut untuk memberitahu kepada adiknya itu. 

"Ada apa,bang?" soal Kayrisya yang hairan dengan sikap abangnya.

"Risya. Abang kena beritahu Risya jugak. It is about Fariz. Dia..." Khairul takut meneruskan kata-katanya.

"Fariz kenapa bang? Kenapa dengan dia?" Kayrisya menggoncang-goncang tubuh abangnya. Dia berasa tidak sedap hati. 

"Abang!!! Kenapa dengan Fariz?" teriak Kayrisya dengan penuh tangisan.

"Dia tengah nazak. Dia nak jumpa Risya sekarang.Kat Hospital Besar KL." Khairul memberitahu. Kayrisya dengan tergesa-gesa mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah.

"Risya? Nak ke mana tu?" Datin Tiara memanggil. Namun tidak dipedulikan oleh Kayrisya.


****


"Risya.." Fariz tercungap-cungap memanggil nama Kayrisya. Kayrisya menggenggam tangan Fariz. Air matanya gugur beberapa kali.

"Fariz. Jangan tinggalkan saya.! Please. " ujar Kayrisya dalam keadaan sedu-sedan.

Fariz sempat tersenyum. 

"Maafkan saya. Saya terpaksa pergi. Saya sayang awak." Setelah Fariz mengucap 2 kalimah syahadah, nadinya serta-merta berhenti. Kayrisya seakan-akan tidak mempercayai dengan kepergian Fariz.

"Fariz!!!" Kayrisya berteriak. Fira juga menangis dengan pemergian abangnya. Dia menenangkan keadaan Kayrisya. Doktor membawa keluar mayat Fariz.

"Fira! Kenapa abang Fariz boleh jadi macam tu? Kenapa?" Kayrisya bertanya dengan nada yang kuat. Dia masih tidak mempercayai dengan apa yang berlaku.

"Sebenarnya, abang menghidap penyakit kanser otak. Dia takut untuk menikahi Risya dan mengambil keputusan untuk meninggalkan Risya. Sebelum abang menjalani pembedahan, dia sempat memberi surat ini." Fira menghulurkan surat itu kepada Kayrisya.


Kepada Kayrisya,

  Risya, ni Fariz. Fariz betul-betul minta maaf. Fariz takut untuk memberitahu Risya tentang penyakit Fariz. Setelah pemergian Fariz nanti, Risya jangan sedih-sedih ya. Jaga diri baik-baik. 

Risya,

  Fariz tahu Risya boleh hidup tanpa Fariz. Risya seorang yang kuat! Gagah! He he.. Doakan kesejahteraan abang,ya. Fariz sayang Kayrisya.

Salam sayang,
Muhammad Fariz b. Rashid.


   Sekali lagi Kayrisya menitiskan air mata. Dia berasa tidak bermaya. Badannya hampir rebah. Tapi sempat disambut oleh seseorang. Kayrisya langsung tidak melihat siapa yang menyambutnya itu. Dia merasakan kehangatan. Mutiara dari matanya terus gugur tanpa henti.

"Awak. Kenapa ya?" soal lelaki yang menyambut Kayrisya itu. Kayrisya tersentak. Dia menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Kayrisya menggeleng-geleng kepala. 

"Awak ada masalah ke? Kalau tak keberatan. Boleh awak ceritakan kepada saya." cadang lelaki tersebut.

"Risya! Arwah abang dah nak dikebumikan. " Fira menarik tangan Kayrisya. Surat yang dipegang oleh Kayrisya terjatuh tanpa disedari olehnya.

****

   Dua bulan telah berlalu. Datin Tiara merisaukan keadaan puterinya itu. Setelah pemergian arwah, Kayrisya selalu termenung sendirian. Tidak seceria dahulu. Matanya sentiasa bengkak-bengkak dek tangisan yang tidak henti dari mengalir.

"Abang, macam mana ni. Takkan kita nak biarkan anak kita macam tu." bisik Datin Tiara kepada Dato' Razak. Dato' Razak tidak memberikan sebarang respon.

"Hish! Abang ni! Anak kita ada masalah, boleh awak buat-buat tak tahu." getus Datin Tiara.

  Dato' Razak masuk ke dalam bilik Kayrisya. 

"Risya." panggil Dato' Razak. Kayrisya hanya memandang tanpa perasaan. 

"Risya! Listen to me! Sampai bila Risya nak jadi macam ni! Dia dah tak ada! Terima jelah kenyataan!" tegas Dato' Razak.

Datin Tiara menepuk dahinya. Aduh! Lain pulak jadinya! Bisik Datin Tiara. Mata Kayrisya mula bergenang. Cepat-cepat Datin Tiara menghampiri puterinya. Kayrisya memeluk Datin Tiara.

"Papa tak kira. Kamu kena kahwin jugak dengan Asyraf Khaz. Anak kawan papa.Full stop!" arah Dato' Razak. Lalu dia berlalu dari bilik Kayrisya.

****

   "Aku nikahkan Asyraf Khaz bin Jamal dengan Kayrisya Damia binti Razak dengan mas kahwin senaskhah Al-Quran dan RM80 tunai. " Asyraf mengikuti kata-kata yang seperti yang dilafazkan oleh tok kadi dengan begitu lancar. Akhirnya, pernikahan mereka sah. Datin Tiara risau jikalau anak perempuannya itu akan memprotes setelah pernikahan ini. Walaupun sudah seminggu Kayrisya menjadi isteri yang sah kepada Asyraf Khaz, Kayrisya masih tidak berubah. Riak wajahnya sering tidak bermaya. Suaminya pening dengan sikap Kayrisya. 

"Kayrisya! Sampai bila awak nak jadi macam ni? Sekarang awak dah jadi isteri saya! Tak boleh ke awak melupakan orang yang sudah pergi meninggalkan dunia ini?" Akhirnya Asyraf meluahkan segala yang tersimpan di sudut hatinya itu.

Lantas Kayrisya merenung tajam ke arah mata Asyraf. Hatinya hanya untuk insan yang bernama Fariz sahaja. Hanya untuk Fariz! Mata Kayrisya mula bergenang. Asyraf menjadi serba salah dan cuba mendekati Kayrisya.

"Risya.. Saya minta maaf. Saya tak bermaksud untuk membuat awak menangis. Tapi, cuba awak fikir ke arah positif. Arwah tak suka awak terus bersedih seperti ini. Arwah nak awak hidup bahagia. Tolong jangan seksa diri awak." Asyraf membelai ubun-ubun isterinya itu. Mutiara dari mata Kayrisya terus gugur. Hatinya begitu merindukan Fariz. Dia menangis teresak-esak ke dalam pelukan suaminya itu. Akhirnya dia tertidur. Asyraf mendukung isterinya ke dalam bilik. Dia terus ke bilik air untuk menunaikan solat sunat tahajud.

   Setelah Asyraf menunaikan solat, dia menadah tangan untuk berdoa.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu supaya berilah cahaya kegembiraan kepada isteri hambaMu ini. Berikanlah hambaMu itu cahaya dan petunjuk dariMu Ya Allah. Aku sungguh mencintai isteriku itu. Janganlah Kamu memberikan hambaMu itu dengan duggan yang berat lagi. Sesungguhnya aku tahu, Kamu menyayangi dia. Aku begitu mohon kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Amin..

  Sejurus Asyraf selesai berdoa, Kayrisya terus memeluk tubuh suaminya itu. Dia mendengar akan setiap doa yang dimohon oleh suaminya itu. 

"Abang, Risya minta maaf. Risya minta maaf.. Risya akan cuba menjadi isteri yang solehah untuk abang. Risya minta maaf.." Dalam keadaan sedu-sedan Kayrisya akhirnya sedar akan perbuatannya dahulu. Dia begitu tersentuh dengan tiap tutur doa yang dimohon oleh suaminya tadi.

"Risya tak salah. Abang tahu keadaan Risya. Lepas ni tak mau sedih-sedih,ya?" Asyraf cuba menasihati Kayrisya. Kayrisya mengangguk-angguk.

  Akhirnya malam itu menjadi malam yang bahagia bagi pasangan suami isteri itu. 

*****

   Kayrisya terus memeluk Datin Tiara sejurus tiba di rumah orang tua mereka. Datin Tiara terpinga-pinga akan tindakan anaknya itu. 

"Umi.. Risya sayang umi.." tutur Kayrisya.

Datin Tiara terus mengalirkan air mata apabila mendengar anaknya itu berkata-kata. Kayrisya sudah berubah! Kayrisya sudah berkata-kata.Terima kasih ya Allah. Syukran.. 

"Umi pun sayang Risya.." balas Datin Tiara.

Kayrisya memandang Dato' Razak yang berada di belakang uminya itu. Kayrisya segera meleraikan pelukannya dan terus memeluk papanya pula..

"Risya sayang papa!!" ujar Kayrisya dengan penuh riang.

Datin Tiara kaget dengan tindakan Kayrisya. Selama ini dia tidak pernah melihat Kayrisya bertindak riang terhadap papanya. Dato' Razak hanya tersenyum dengan tindakah Kayrisya itu. Dia tahu dengan keputusannya menjodohkan Kayrisya dengan Asyraf adalah keputusan yang terbaik. Asyraf memang seorang calon yang terbaik, bisik hati Dato' Razak.

*****

3 Bulan berlalu..

TING TONG!!

Kayrisya bergegas membuka pintu hadapan rumahnya. Dia begitu teruja untuk menyambut kepulangan Asyraf. Setelah membuka pintu, Kayrisya dengan gembiranya menarik lengan suaminya dan mengheret ke ruang makan.

"Tadda... Risya masak semua ni untuk abang!" ujar Kayrisya dengan penuh keriangan. Hidupnya bahagia menjadi suri hidup Asyraf. Asyraf memang seorang suami yang penyayang.

"Aik? Sayang demam ke hari ni? Nak abang bawak pergi klinik?" Cemas betul cik abang ni. 

"Abang! Hari ni kan Hari Lahir abang! Takkan tak ingat? Itulah.. Kerja sampai lupa tarikh lahir sendiri." gumam Kayrisya. Pura-pura merajuk.

Asyraf menepuk dahinya. 

"Alamak! Macam mana abang boleh lupa! Astaghfirullahhal'azim.." ujar Asyraf.

"Tapi kejap.. Takkan ni saja hadiah untuk abang? Dinner yang banyak tak terkata? Siapa yang nak habiskan ni?" sambung Asyraf lagi.

Iye tak ya jugak! Kenapala banyak sangat aku masak hari ni. Over betul aku! bisik hati Kayrisya.

"Hehe.. Iya tak ya juga! Ala.. Kalau tak habis.. Kita boleh sambung untuk breakfast esok. Hehe.." Kayrisya tersengih-sengih.

"Hurm.. Alang-alang hari ni Hari Lahir abang.. Minta kiss boleh?" Asyraf menunjukkan pipinya. 

"Hah? Takde-takde.. Dinner dulu! Nanti lauk sejuk pulak! Jom makan!" Kayrisya perlahan-lahan ingin melarikan diri. Namun sempat dipeluk oleh suaminya.

"Uit! Apa main peluk-peluk ni! Orang nak makan ni.. Lapar..."

"Ala.. Nanti baru makan, okey?"

"Mana boleh! Nanti insan dalam rahim Risya sakit macam mana?" Kayrisya cuba mengugut. Dengan segera Asyraf meleraikan pelukan.

"What? Betul ke apa yang abang dengar tadi?" soal Asyraf dengan teruja.

Kayrisya mengangguk-angguk.

"Dah 3 minggu.." Asyraf menjerit keriangan mendengar khabar baik itu.

****

  Hari minggu membuatkan Kayrisya teringin hendak mengemas rumah. Tika Kayrisya mengemas kertas kerja Asyraf, tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Asyraf Khaz bin Jamal, suami Kayrisya Damia yang terlebih romantik itu!

"Abang! Risya tengah mengemas ni!" gumam Kayrisya.

"Jangan pandang belakang." balas Asyraf.

"Haha.. Abang ingat cerita hantu ke? Dah lapuk cerita tu.." Kayrisya cuba melawak. Dia cuba untuk memandang belakang juga.

"Jangan pandang!" Namun Asyraf tewas dengan isterinya sendiri.. Haha..

"Aik? Kenapa abang pakai cermin mata bulat ni? Kelakar la abang ni.." Kayrisya terusik dengan rupa suaminya itu. 

"Risya ingat tak abang waktu abang temankan Risya menangis di Midvalley dulu?"

Kayrisya cuba mengibau kembali ingatannya.. 

"ABANG!!! Abang ke yang budak nerd tu?" Selamba sahaja Kayrisya panggil suaminya budak nerd.

Asyraf tersengih-sengih..

"Memang macam budak nerd ke? Apasal Risya ni! Ni gaya terhensem abang tau!" Asyraf pura-pura mengajuk.

"Eh! Eh! Merajuk ke?? Ala.. Bukan Risya nak sindir abang.. Tapi, wajah abang waktu tu.. Kiut sangat! Hehe.." Kayrisya cuba memujuk.

"Ceh.. Iye le tu..Jom solat sama-sama!" Asyraf mendukung isterinya itu. 

"Abang!! Risya masih boleh jalanlah!!"

Tamat..

#Ini adalah karya kedua kusyi.. Thanks kepada sesiapa yang membaca. Kalau boleh, kusyi nak tahu, apa pendapat korang tentang ending cerpen ni? Sesuai tak? :)

Assalamualaikum.


No comments: