05 May 2011

Ketentuan Takdir Ilahi 1

     TIDAK kira kemana Alisya pergi, pasti ada sahaja satu perasaan yang menyelubungi pada dirinya. Perasaan apa?

"Rimas! You know! R.I.M.A.S!" getus Alisya yang sudah tidak tahan diusik oleh pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya.

"Rimas? Kenapa pula?" soal Syarifah Nordeana kepada Nur Alisya bt. Johari.

"Arghhh! Awak tahu tak,ini dah sekolah ke berapa bagi saya? Kali ini dah masuk 5 kali! Takkanlah lepas ni saya kena pindah lagi.." Alisya melepaskan rungutan kepada Deana.

"Ala..Biasalah tu, lama-lama pasti awak akan biasa." balas Deana.

Harap-harap begitulah. Bicara hati Alisya.

    Alisya berjalan dengan Deana menuju ke kelas. Masa menunjukkan rehat telah pun tamat. Mereka masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-masing. Hari ini Puan Hasni akan memberikan kertas peperiksaan Matematik Tambahan yang siap ditanda. 

"Nur Alisya binti Johari!" Puan Hasni memanggil nama Alisya.

"Ya, saya!" sahut Alisya dan segera bingkas dari kerusi menuju ke meja guru.

Puan Hasni menghulurkan kertas peperiksaan tersebut kepada Alisya.Alisyamelihat kertas peperiksaan tersebut tanpa sebarang reaksi.

"Awak tak gembira ke?" soal Puan Hasni.

"Alisya dapat berapa,cikgu?" Deana menyoal.

"Alisya mendapat 100%." jawab Puan Hasni. Satu kelas terkejut mendengar markah yang disebut oleh Puan Hasni. Kali pertama ada pelajar di sekolah itu mendapat A+ Matematik Tambahan. Sebelum ini hanya ada seorang pelajar lelaki yang mendapat A dalam Matematik Tambahan. Itu pun, A-.

Alisya segera kembali di tempat duduknya. Dia bukannya tidak gembira, tetapi dia memang sudah biasa dengan markah-markah sebegitu. Setelah Puan Hasni memberi semua kertas peperiksaan Matematik Tambahan yang sudah ditanda, kelas mereka didatangi seorang guru wanita disiplin, Puan Jamilah dan beberapa orang pengawas.

"Tak lain tak bukan mesti nak spotcheck!" kedengaran pelajar-pelajar lain berbisik sesama sendiri.

"Alamak! Macam mana ni? Aku bawak handphone lah.." Deana membisik ke telinga Alisya.

"Relax la..Dia takkan tahu punya. Pandai-pandai lah aku cover .." Alisya cuba menenangkan hati Deana.

Pengawas-pengawas tersebut menghampiri meja Alisya dan Deana. Sementara Puan Jamilah sedang bercakap dengan Puan Hasni.

"Check beg mereka." arah Hafiz selaku ketua pengawas di sekolah itu kepada pengawas-pengawas lain.

Alisya memandang mereka dengan mencebik. Alisya memang pantang tengok pengawas skema ni! Deana pula, cemas semacam dari tadi. Habis semua zip dibuka oleh pengawas-pengawas tersebut. Tetapi handphone Deana tidak dapat dikesan juga. Mana tidaknya, Deana sorokkan handphonenya dalam poket seluar je. Ha ha.. Itu semua idea Alisya.

Setelah pengawas-pengawas semua selesai membuat spotcheck, tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena pada kaki Deana. Bergetar-getar. Dan bunyi tersebut dapat dikesan oleh Syafiq.

"Boleh saya tahu apa yang ada dalam poket seluar awak?" arah Syafiq.

Deana hanya tersenyum. Pengawas perempuan yang lain cuba mengambil sesuatu ke dalam poket seluar Deana. Deana mempertahankan jua handphonenya itu. Tetapi nasib tidak menyebelahi Deana, kerana pengawas-pengawas tersebut berjaya mengambil handphone Deana.

"Stop!" Alisya menahan.

"Apa ni..Kecohla..Dia bawak handphone sebab nak call ayah dia petang nanti! Korang tak kesian kat dia ke?" Alisya bersuara.

"Peraturan tetap peraturan." ujar Puan Jamilah.

"Takdela cikgu. Tapi, cuba cikgu sendiri fikir. Kat sekolah kita ni, ada ke public phone yang ok? Semuanya rosak lah cikgu! Kalau Deana tak bawak handphone, camne dia nak contact ayah dia." jelas Alisya panjang lebar.  Tak nak mengaku kalah juga Alisya ni.

Namun pengawas-pengawas yang lain dan Puan Jamilah hanya buat tidak endah dengan penyataan Alisya. Dia tahu, Deana bukannya anak orang miskin yang susah untuk pulang ke rumah. Alisya ni pun satu! Dah lah alasan kurang logik! Puan Hasni hanya menggeleng kepala mendengar penyataan Alisya tadi. Hmm.. Macam-macam.. Bisik hati Puan Hasni.

Akhirnya tamat juga pembelajaran untuk hari ini. Deana hanya memuncungkan mulutnya. Dia masih tidak puas hati yang handphone nya dirampas oleh pengawas pagi tadi.

"Alisya! Handphone aku...." Deana membuat suara manja.

"Handphone kau? Kau mintak lah dengan pengawas-pengawas skema tadi tu. Aku dah cuba back up pagi tadi, kan. Ha ha.. Kurang asam punya pengawas. " getus Alisya sedikit marah. Dia ingat Deana ada di belakang. Rupa-rupanya Deana singgah di tandas sebentar.

"Aku cakap sorang-sorang ke tadi?" bisik Alisya perlahan.

   Alisya menunggu Deana di hadapan pintu pagar sekolah. Dia merasakan bahunya dicuit seseorang. Lantas dia menoleh kepala. Arghh! Pengawas bajet ni lagi! Hati Alisya memang sudah naik muak tengok muka Hafiz! Ketua pengawas itulah!

"Tak balik lagi?" soal Hafiz yang berada di atas motor Yamaha LC 135 berwarna pink. Pink? Eee..! Geli sekali mata Alisya melihat motor tersebut.

Alisya langsung tidak memandang ke arah Hafiz. Memandang lelaki itu membuatkan Alisya tertekan! Rasa nak tumbuk je ketua pengawas ni! Marah hati Alisya.

"Awak? Awak masih marah sebab spotcheck pagi tadi,ke? Sorry la..Dah memang tanggungjawab saya as a prefect in this school." rayu Hafiz.

Alisya hanya buat tidak endah dengan rayuan Hafiz itu. Sememangnya dia benci akan pengawas! Hafiz turun dari motor lalu dia menatap mata Alisya. Alisya mengerutkan dahi. Apasal pulak dia ni? Tetiba tenung mata aku! Bicara hati Alisya.

"Alisya?" Hafiz memanggil nama Alisya

"Hey! Tepi lah! Aku bukannya nak tengok muka kau!" Alisya menepiskan muka Hafiz yang menatapnya tadi. Bagi Alisya perbuatan Hafiz sebentar tadi adalah sangat menyerabutkan. Hafiz terdiam dengan perlakuan Alisya. Alisya menjadi serba salah melihat Hafiz yang terdiam itu. Dia bukannya benci sangat terhadap Hafiz. Tetapi, dia tidak sukakan pengawas skema!

"Awak benci saya?" soal Hafiz dengan sayu.

"Hah? Aku minta maaf. Aku bukannya bencikan kau. " balas Alisya.

Hmm..Dia bukannya teruk sangat. Sekurang-kurangnya dia tahu meminta maaf. Fikir Hafiz.

"Ok. Saya tahu awak tak sukakan pengawas, kan? Jadi susahlah saya kalau macam ni."

Bicara Hafiz membuatkan Alisya menjadi pelik. Susah? Apa benda yang susah tu?

"Susah? Aku tak faham lah. Apa yang susah tu?" soal Alisya.

"Iyela..Susahlah saya nak tackle awak. Sebab saya sukakan awak. Memandangkan saya ni pengawas, nampaknya hancurlah harapan saya." jelas Hafiz. Kata-katanya telah membuatkan Alisya membulatkan mata! Gila! Pengawas pun ada minat kat aku? Ketua pengawas pula tu! Tidakkkkkkk...Jerit hati Alisya.

******

"Takdela cikgu. Tapi, cuba cikgu sendiri fikir. Kat sekolah kita ni, ada ke public phone yang ok? Semuanya rosak lah cikgu!"

   Kata-kata Alisya masih terngiang-ngiang di telinga Aliff. Aliff tersenyum pabila mengingat peristiwa pagi tadi. Tidak sangka Alisya berani melawan arahan pengawas. Tak makan saman betul perempuan tu. Aliff menggeleng-geleng kepala.

   Aliff memperbetulkan kaca matanya. Dia membelek kertas soalan peperiksaan Matematik yang sudah ditanda oleh Puan Hasni.

"75% je? Hmm.." Aliff mengeluh. Dia tidak menyangka akhirnya dia mempunyai saingan sengit. Orang itu adalah Nur Alisya, selaku pelajar baru di kelasnya.

Aliff tersentak kerana pintu biliknya diketuk oleh ibunya, Puan Yasmin.

"75? Tahniah buat anak ibu." ujar Puan Yasmin sambil tersenyum.

"Who get the highest score?" soal Puan Yasmin kepada Aliff.

"Pelajar baru. 100%." jawab Aliff.

"Wow! Hebatnya. Alisya ke?" soal Puan Yasmin lagi.

Aliff mengangguk. Dia tidak hairan kenapa Puan Yasmin dapat mengenali nama Alisya kerana ibunya itu adalah guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah mereka. Tambahan pula Puan Yasmin juga mengajar di kelas anak lelakinya.

"Aliff tahu tak, Alisya juga adalah orang yang mendapat markah tinggi sekali peperiksaan Bahasa Inggeris kali ini. Hmm.. Kenapa anak ibu tak boleh challenge dia?" lembut sahaja bicara Puan Yasmin. Memang dia menyayangi Aliff kerana Aliff merupakan satu-satunya anak lelaki yang dia miliki. Dia juga menyayangi Amira Qaisara, anak sulung perempuannya.

Aliff tersenyum dengan perhatian yang diberikan oleh ibunya. Walaupun Aliff mungkin pelajar yang lurus, tetapi dia sangat bertuah kerana memiliki ibunya!

"Alisya dapat berapa,bu?" soal Aliff.

"96%. Aliff pun hebat juga. Cuma Aliff kurang 1% je..Aliff dapat 95%." jawab Puan Yasmin.

Hmm..Hebat juga Alisya ni. Tak sangka pula.

"Okeylah. Aliff belajar rajin-rajin,ya. 5 bulan lagi exam. Ingat, jangan terlalu study hard. Dan ingat! Jangan tidur lewat!" pesan ibunya.

Aliff mengangguk mendengar pesanan ibunya itu.

******

  Hari ini, kelas 5sc1 dan 6 Atas Sains mengikuti lawatan sambil belajar di Pusat Sains Negara. Aliff tergesa-gesa menuju ke bas yang patut dinaikinya. Dia terlambat sedikit pada hari ini kerana terlewat bangun daripada tidur.

"Aduh!" Aliff terlanggar badan seseorang di hadapannya. Habis terjatuh semua buku yang berada di tangannya.

"Woi! Buta ke!" jerkah lelaki tersebut yang memegang kolar kemeja Aliff.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja." Aliff menunduk kepalanya. Apabila dia mendongak. Dia melihat orang yang dilanggarnya itu, Hafiz.

"Tak sengaja, kau kata!" Hafiz ingin menumbuk muka Aliff. Tetapi sempat dihalang oleh Alisya.

"Woi! Hafiz! Kau pehal? Dia kan dah minta maaf. Lagipun dia bukannya sengaja. Yang kau sampai nak tumbuk dia, apasal?" Alisya membela Aliff. Aliff hanya menunduk sambil memperbetulkan cermin matanya.

Hafiz menenangkan perasaan marahnya itu. Nasib baik ada Alisya! Kalau tak, mati kau! Desis hati Hafiz. Lalu Hafiz naik ke dalam bas. Alisya memandang Aliff dengan tersenyum. Aliff menjadi begitu kalut dan menyusun kembali buku-buku yang terjatuh. Alisya turut membantu Aliff.

"Awak tak apa-apa? Alisya bertanya.

Aliff hanya menggeleng kepala. Alisya hanya tersenyum melihat tingkah Aliff.

"Awak ketua kelas, kan?" tanya Alisya lagi.

Aliff mengangguk-angguk pula kali ini. Alisya hairan dengan sikap Aliff. Takkan takde suara dia ni? Alisya menghulurkan buku-buku Aliff.

"Terima kasih." ujar Aliff.

"Oh! Awak ada suara rupanya." spontan sahaja bicara Alisya. Aliff ketawa mendengar kata-kata Alisya.

"Kenapa awak ketawa?" Pelik betul dengan dia ni! Bicara hati Alisya.

Aliff menggeleng-geleng. Tapi ketawanya masih bersisa perlahan.

"Wey! Cepatlah! Kitorang tunggu korang berdua lagi!" Serentak pelajar-pelajar yang berada di dalam bas menjerit. Tersentak Alisya dan Aliff. Mereka naik ke dalam bas bersama-sama. Hafiz memandang mereka dengan penuh rasa cemburu!

No comments: