25 May 2011

Impian Hatiku 3

Kompang dipalu..
Pengantin baru..
Duduk bersanding..
Tersipu malu..


  Kedengaran paluan kompang  yang turut dijemput dalam majlis perkahwinan kakak Darwish. Ramai juga tetamu yang hadir. Aku memimpin tangan Balqis dalam majlis tersebut. Kak Hani dan suaminya tak dapat hadir, sebab mereka ada mesyuarat penting hari ini. Huh! Penting sangat ke...?

"Auntie! Sini lah! Ada kerusi kosong!" Balqis menjerit. Aik? Sejak bila Balqis lari dari tangan aku? Aku menuju ke arah Balqis.

"Balqis! Jangan lari dari auntie lagi tau! Bahaya! Hish budak ni.." bebel aku.  Balqis mengangguk mendengar bebelan aku. Aku memimpin Balqis dan menuju ke tempat yang disediakan minuman. Lantas aku mengisi air sirap ke dalam cawan. Dengan segera aku berpusing ke belakang.

"Alamak!" Air sirap yang aku bawa, tertumpah atas pakaian Darwish. Oh my god! Terkejut gila aku dibuatnya. Macam mana ni? Dahlah dia pakai baju Melayu. Habis merah baju dia! Dengan serta-merta aku mencapai tisu yang disediakan lalu mengelap air yang tumpah pada baju Darwish.

"Eh, takpe-takpe. " Darwish memegang pergelangan tanganku. Mataku tertumpu pada mata Darwish. Takut! Aku tidak menyedari bahawa Darwish masih memegang pergelangan tanganku. Setelah beberapa saat, barulah aku menyedarinya. Aku melihat pada pergelangan tanganku yang dipegang oleh Darwish.

"Ops! Sorry-sorry. Tak sengaja." Darwish segera melepaskan pergelangan aku.

"Eh! Tak! Saya yang patut minta maaf. Habis kotor baju awak. Saya minta maaf sangat-sangat.!" Aku menunduk-nunduk kepala. Malu menyelubungi diriku.

"Takpe. Saya boleh tukar baju ni. Awak makanlah dulu. Saya naik atas jap." Darwish meminta diri untuk menyalin pakaian sebentar. Mataku tertumpu pada Darwish. Aduh! Kenapa aku boleh cuai macam ni??Gumam hatiku.

   Setelah selesai menikmati hidangan dalam majlis tersebut, aku dan Balqis masuk ke dalam rumah pengantin untuk melihat persandingan pengantin tersebut. Wah! Cantiknya pakaian pengantin perempuan itu! Pengantin perempuan pun cantik juga! Teruja sekali aku memandang ke arah persandingan pergantin tersebut.

"Auntie! Cantiknya pengantin!" ujar Balqis kepadaku.

Aku mengangguk. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Rupa pengantin perempuan tersebut memang memiliki iras Darwish. Hidungnya yang sedikit mancung memang sebijik macam Darwish. Aik? Apasal aku teringatkan Darwish pula? Meremang pula bulu roma aku apabila teringatkan peristiwa kat luar tadi! Ngee...Dahlah! Baik aku balik! Takut pulak aku!

"Awak! Tunggu jap."

Sape pulak lah yang panggil aku ni..? Aku menoleh ke belakang. Darwish? Melihat rupa dia sahaja telah membuatkan malu menyerbu kembali.!

"Yup? Ada apa?" Aku still berlagak cool.


Darwish memandang pada tubuhku. Aik? Semacam aje dia ni..Ngee...

"Abang! Siapa tu?" Seorang budak perempuan telah menyelamatkan situasi tadi. Fuh..! Selamat. Itu bukankah adik Darwish?

"Syasya!!!" Balqis menjerit. Mereka berdua sama-sama menjerit. Amboi-amboi..Mentang-mentang jumpa geng! Dah lupakan auntie ko kat belakang ni ye?

"Balqis! Nak kemana?" Sempat lagi aku menjerit ke arah Balqis. Akan tetapi Balqis tidak mendengari jeritan aku.

"Saya tahu Syasya ajak dia main buaian kat belakang rumah. Jom ikut mereka.!" Aku hanya mengikuti Darwish dari belakang.

   Mak oi! Taman pembende kat belakang rumah Darwish ni! Dah macam taman permainan aku tengok. Dengan kolam ikannya, buaian, taman bunga. Suasana yang memang mengasyikkan! Aku hanya memandang Balqis yang sedang bermain buaian bersama Syasya. Seronok betul anak saudara aku ni! Aku tersenyum memandang tingkah mereka.

"Comel adik awak!" ujar aku. Darwish tersenyum. Ngee.. Janganlah senyum macam tu! Takut aku dibuatnya.

"Anak saudara awak comel jugak!" balas Darwish.

"Memangla.. Tengok auntie dia pulak.. Hihi.." perlahan sahaja aku berkata.

"Yup! Auntie dia pun cute. Geram tengok lesung pipit kamu berdua." Darwish tersengih-sengih.

GULP! Dia dengar ke? Malunyee... Adoyai! Malu gila! Lantas aku menunduk mukaku.. Kut-kut dia boleh nampak muka aku yang sedang merah sesangat ni!

"Hah? Tak adalah.. Okeylah awak. Saya balik dulu, ya? Nak solat pulak.. Balqis! Jom balik!" Aku menjerit ke arah Balqis. Tak tahan aku lama-lama kat sini. Dengan berbaju kurung sekali. Panas! Hu hu..

"Saya balik dulu Syasya! Jumpa kat sekolah, ya! Uncle! Kami balik dulu. Assalamualaikum." ujar Balqis.

Ha ha.. Bagus betul anak saudara aku ni. Solehah je orang memandang. Confirm ramai orang lain chop buat menantu.. Hi hi..

"Wa'alaikumsalam." Balas Darwish sambil tersenyum. Senang melihat budak kecik itu memberi salam. Bagus betul didikan yang telah diberikan kepadanya.

****

    Sebulan telah berlalu. Kini aku akan kembali ke universiti. Tahun ini adalah tahun terakhir bagi aku. Wah! Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Yang paling aku tak tahan, tahun ini aku menjadi naib pengerusi kelab badminton! Oh my..


"Balqis! Come here.." Aku memanggil anak saudara kesayanganku.

"Ya auntie!" Sahut Balqis.

"Auntie dah nak pergi. Jaga diri elok-elok. Belajar rajin-rajin ya! Jangan suka main-main!" Amboi.. Banyak bebeno nasihat aku beri.

Balqis mengangguk-angguk mendengar nasihat yang aku berikan. Bagus! Hu hu.. Aku mencium dahi Balqis. Setelah itu, aku bersalaman dengan kak Hani. Aku juga bersalaman dengan abang Syafiq. Ha ha.. Gila ke? Mana boleh bersalam dengan abang ipar! Aku main-main sahaja tadi!

"Nanti kalau dah habis belajar, datanglah rumah kakak lagi. Boleh jadi pengasuh free untuk Balqis." ujar Kak Hani dengan tersengih cam kerang busuk! Erk! Tak hingin aku! Dahlah aku takleh nak bercuti langsung! Asyik terperap dalam rumah ni je. Menyesal balik rumah kakak aku!

"Pengasuh free? Ha! Ha! Hello! Nak masuk toilet pon kena bayar! Masakan mengasuh anak ko!" Hamek ko! Ayat pedas dan pasti bingit sekali didengari oleh abang Syafiq dan Kak Hani. Abang Syafiq mengerutkan dahi dan menggeleng-geleng kepala. Ha ha.. Kalau sehari tak gaduh, tak sah mereka dua beradik ni. Bicara hati Syafiq.

"Okey-okey! Hanis pergi dulu, ya! Kirim salam kat papa and mama."


"Okey. Jaga diri elok-elok. Jatuh, bangun sendiri." Hah? Ya Allah. Selamba saja kakak aku buat lawak? Ha ha.. Tapi memang lawak pun..

"Assalamualaikum. " Aku masuk ke dalam kereta. Bersedia hendak jumpa dengan bilik aku! Katil aku! Kawan aku! Boyfriend aku! Ha ha.. Sorry to say, but I don't have any boyfriend okay. Tapi kawan lelaki tu ramai. Teman lelaki? No way! Eventhough sekarang dah masuk tahun terakhir. Aku tak kisah kalau tak ada boyfriend. Cewah..

****

No comments: