29 April 2011

Sinopsis Ketentuan Takdir Ilahi

 Sinopsis

    Alisya, gadis comel ketika di bangku sekolah, memang anti dengan peraturan sekolah. Bukannya apa, katanya mengikuti peraturan sekolah adalah sangat leceh. Tetapi, jangan main-main! Dia juga adalah pelajar harapan straight A's SPM.

    Alisya dikurniakan rupa paras yang cukup comel sehingga membuatkan dia tidak senang duduk. Kadang-kadang dia rimas dengan rupa sebegini. Bukannya dia tidak bersyukur, tapi dia rimas kerana tak sah dalam sehari ada orang lelaki akan bergaduh. Kenapa? Kata mereka berebut perempuan yang bernama Nur Alisya. Alisya memang betul-betul rimas. Dia dah banyak kali pindah sekolah.

    Akhirnya, Alisya tidak sengaja mempergunakan Aliff untuk menjadi teman lelaki Alisya. Aliff seorang budak 'nerd' tidak tahu bahawa Alisya hanya mempergunakannya. Alisya pula tidak sampai hati untuk memberitahu perkara sebenar kepada Aliff. Pembohongan ini berlarutan sehinggalah Alisya meninggalkan sepucuk surat kepada Aliff sebelum Alisya pindah ke sekolah lain pula.

    Pertemuan Alisya dengan sepupu Rizal,Qayyum dengan secara tidak sengaja telah membuatkan hati Alisya terpaut dengannya. Rupa Qayyum juga menarik perhatian ramai staf-staf di hospital tersebut. Bagi Alisya, Qayyum memang sejuk mata memandang. Tapi, Alisya merasakan sesuatu tidak kena dengan perhatian yang diberikan oleh Qayyum terhadapnya.

Siapakah Qayyum? Kenapa dia seperti melayan aku demikian rupa? Kenapa? Aku takut apabila terkenang dengan masa lampau.- Alisya

Kerana kau cita-cita aku musnah! Kau harus terima padahnya!- Qayyum

No comments: