23 December 2011

Watak-watak Adakah Aku Terlambat

Assalamualaikum..

Hari neh, saya nak share gambar watak2 dalam e-novel Adakah Aku Terlambat. Hehe.. Jom tengok!

Nur Nabila Zuhud
Comel kan? he he..

"Saya tahu bahawa takdir yang akan menentukan segala-galanya.."-Nabila

Hakim Yusuf

"Andai aku terlambat..Izinkan aku untuk memiliki hatimu buat terakhir kalinya.."-Hakim

Zariff Hakimi

"Saya tahu untuk membuatkan awak jatuh cinta terhadap saya adalah sukar. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menawan hati awak."-Zariff

Jadi? Siapakah yang Nabila akan pilih untuk menjadi pasangan hidupnya? Adakah Hakim sahabat dan cinta pertamanya? Atau Zariff, sepupu Hakim yang setia dengan cintanya?

Nantikan sampai penghujung bab. Hoho..

#Ada orang tanya, mana perginya watak Ammar Farhan? Ades.. Saya dah lupuskan watak dia, Takpe kan? Huhu..

Daaaaaaa..

Salam~



Adakah Aku Terlambat 13

    Zana memerhatikan tingkah abangnya dari jauh. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini abangnya itu asyik mengelamun sahaja. Risau juga dia melihat abang kesayangannya bersikap sedemikian. Bila ditanya mengapa, ada sahaja alasannya. 'Abang penat', 'Abang okay', abang itu abang ini. Haih.. Zana mengeluh.

"Abang.." panggil Zana yang menghampiri Zariff dari belakang. Zariff tersentak.

"Ya? Ada apa dik?" soal Zariff.

"Sampai bila abang nak jadi macam ni?" Zana terus bertanya. Dia tahu bahawa abangnya sekarang ini asyik memikirkan gadis yang dicintainya itu. Siapa lagi kalau bukan Nabila. Nur Nabila Zuhud yang memang cantik dan ayu orangnya.

"Apa Zana cakap ni? Abang tak faham." ujar Zariff.

"Zana nak tanya abang. Please jujur dengan Zana. Abang cintakan kak Nabila? Betul-betul cinta?" soal Zana yang memandang tepat pada mata Zariff.

"Entah." selamba sahaja jawapan dari mulut Zariff.

"Abang! Kalau abang betul-betul cintakan kak Nabila, abang kena cepat bertindak. Jangan asyik pendam perasaan macam orang gila. Risau adik tengok abang macam ni." jelas Zana. Dia memang betul-betul risau akan keadaan abangnya sekarang ini. Kata cinta, tapi asyik pendam. Macam mana nak menang kalau asyik diam macam ni.

"Erk.. Habis tu, adik nak abang buat apa?" soal Zariff sambil tersengih.

"Masuk meminang kak Nabila." jawab Zana. Terbuntang mata Zariff mendengar cadangan Zana. Adik aku betul ke tidak ni? bisik hati Zariff.

"Apa? Betullah apa Zana cakap. Nanti kalau abang Hakim yang dapat kak Nabila dulu macam mana?" Ops! Cepat-cepat Zana menutup mulutnya. Alahai..Tersasul pulak.

"Hakim? Kenapa dengan Hakim?" soal Zariff yang merenung tajam mata Zana.

Gulp. Zana menelan air liur. Erk.. Macam mana ni..

"Abang Hakim pun sukakan kak Nabila!" jawab Zana tanpa berselindung lagi.

"Apa Zana cakap? Mana Zana tahu? Nabila tahu tak?" bertalu-talu Zariff melontarkan pertanyaan kepada Zana.

"Ya. Abang Hakim sukakan kak Nabila. Kalau abang tak bertindak dahulu. Mungkin abang Hakim akan maju ke hadapan dahulu. Abang pun tahu kan? Abang Hakim memang selalu cepat bertindak demi gadis yang dia suka." ujar Zana panjang lebar.

Wajah Zariff menjadi lesu. Dia selalu tidak yakin dalam percintaan. Walaupun dia sudah berkali-kali mengatakan bahawa dia sukakan Nabila. Dia tahu Nabila tidak akan menyerahkan cintanya itu untuk aku. Aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan. Bisik hati Zariff.

"Abang? Okay tak ni?" soal Zana yang melihat wajah Zariff yang tiba-tiba suram itu.

"Abang akan berusaha. Thanks dik sebab beritahu abang." balas Zariff dengan penuh yakin. Dia tetap ingin menawan hati Nabila. Chaiyok!


#Sorry sebab e-novel ni selalu saya update lambat. Sebab, cuti kali ini saya betul-betul banyak kerja rumah. Saya juga tengah siapkan cerpen. Mungkin e-novel ni saya akan habiskan sebelum masuk tahun 2012. Maybe sampai bab 16 or 17. Thanks kepada siapa2 yang baca! :)

Adakah Aku terlambat 12

  Zariff tidak dapat melelapkan matanya. Di mindanya kini hanya ada nama Nabila,Nabila dan Nabila. Serius aku memang tengah jatuh cinta gila-gila kat dia. Bisik hati Zariff.

"Abang!" Zana menepuk bahu Zariff. Tersentak Zariff dibuatnya.

"Oh, Zana." ujar Zariff lalu meraup wajahnya.

"Abang termenungkan apa tadi?"soal Zana. Dari tadi dia lihat abangnya itu termenung sendirian.

"Mana ada. Abang mengantuk ni. Abang nak tidur. " balas Zariff cuba mengelak dari memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu Zana risaukan keadaanya yang sedang mengejar cinta Nabila. Dia tidak mahu Zana masuk campur.

"Okeylah. Good night." lalu Zana keluar dari bilik abangnya itu.

***

"Morning Nabila." ucap Puan Roshayati dengan penuh girang. Kenapa dengan ibu hari ini? Seronok semacam je.

"Morning ibu. Papa mana?" soal aku sejurus minum air susu yang berada aku ambil di dalam peti sejuk.

"Papa ada kat luar. Tengah bagi ikan-ikan peliharaan dia makan." jawab Puan Roshayati.

"Pelik pula. Hari ini bukankah hari Isnin. Papa tak kerja ke ibu?" soal aku. Kenapa papa boleh ada kat rumah hari Isnin ni?

"Papa cuti hari ini. Ada tetamu nak datang rumah." balas Puan Roshayati.

Tetamu? Mesti orang penting. Sampai papa ambil cuti. Siapalah agaknya. Lantas aku melangkah naik semula ke tingkat atas. Apa lagi? Sambung tidurlah.. Ha ha..

***

TING TONG!! Loceng rumah berbunyi membuatkan aku terjaga dari tidur. Bukan sekali loceng berbunyi. Sekarang dah masuk tiga kali. Naik bingit telinga aku dibuatnya. Lantas aku membuka langkah dengan penuh malas lalu mencapai tudung dan disarungkan ke muka.

"Nabila! Buka pintu kejap. Ibu nak salin pakaian." jerit Puan Roshayati. Aik? Kenapa sampai kena salin pakaian segala bagai. Siapa yang datang? Aku membuka pintu perlahan-lahan.

"Nabila! Auntie really miss you, honey!" Puan Haslinda memeluk tubuhku sebaik sahaja pintu dibuka. Tanpa aku sedari, aku menitiskan air mata. Aku juga amat merindui auntie Linda.


Hakim bersalaman dengan papa. Ibu juga turut memeluk auntie Linda. Masing-masing macam baru jumpa kenalan lama. Bukan macam. Memang kenalan lama pun.

"Nabila, pergi ambil minuman kat dapur." arah ibu dengan membisik ke telingaku.

Aku menuruti kata-kata ibu dan mengatur langkah ke dapur. Patutlah papa sanggup cuti kerja. Rupa-rupanya nak jumpa dengan keluarga Hakim. Boleh pula, ibu dan papa berahsia dengan aku! Getus aku.

Aku membancuh nescafe dan air teh untuk tetamu yang hadir. Aku tahu Uncle Zul dan papa sukakan nescafe panas. Setelah air siap aku bancuh, lantas aku membawa dulang yang diisi gelas kosong dan dua jag air. Aku mengatur langkah dengan berhati-hati. Karang tertumpah, buat malu aje.

"Boleh ke bawak sorang-sorang?" soal Hakim yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Kus semangat. Nasib baik tak terjatuh dulang ini. Mamat ni memang sengal betul.

"Boleh je. Kau jangan ganggu aku boleh tak? Nasib baik tak terjatuh minuman atas dulang ni." getus aku.

Hakim terdiam seribu bahasa setelah mendengar apa yang telah aku katakan. Aku sendiri tidak sedar bahawa kata-kata aku ini boleh membuatkan dia terdiam sebegitu. Serba-salah juga aku dibuatnya. Ibu berbual dengan auntie Linda. Papa pula berborak dengan Uncle Zul. Aku? Serius tak tahu nak cakap apa dengan Hakim. Lebih baik aku melayari facebook. Boleh juga main games The Sims Social. Best juga games tu. Hi hi.

"Nabila! Kamu nak ke mana?" soal Puan Roshayati sebaik sahaja aku hendak naik ke tingkat atas.

"Nabila nak naik bilik jap." balas aku. Lantas aku meneruskan langkah.

***

Tok tok tok..

   Aku tersentak mendengar pintu bilik diketuk berkali-kali. Kacau-daun betul. Aku tengah syok-syok main game ni! Lantas aku membuka pintu bilik.

"Family Hakim dah nak balik. Pergilah salam dengan auntie Linda tu." beritahu Puan Roshayati. Aku berjalan mengikuti belakang ibu.

"Auntie balik dulu sayang.." Puan Haslinda memeluk tubuhku.

  Aku hanya memandang Hakim dari jauh. Kami langsung tak becakap sepatah perkataan setelah kejadian di dapur tadi. Kenapa lidah aku begitu kelu? Hatiku menjadi pilu apabila melihat mereka sekeluarga sudah masuk ke dalam kereta. Aku membalas lambaian terhadap auntie Linda dan menggariskan senyuman.

"Nabila, papa nak sikit dengan kamu." kata papa. Serius bunyinya.

  Papa duduk di sofa bersebelahan dengan ibu. Aku hanya berdiri sambil memikirkan apa yang hendak papa sampaikan.

"Duduk." arah papa. Apasal serius je muka parents aku ni? Seram aku dibuatnya. Aku duduk di hadapan papa.

"Ada apa papa?" aku menyoal.

"Umur Nabila dah masuk 25 tahun. So.." kata-kata papa termati. Papa memandang ke arah ibu. Lantas ibu tersenyum. Yang aku tak faham sekarang ini.. Bahasa apa mereka guna sekarang ini? Kenapa ibu tiba-tiba tersenyum? Adess.. Lain macam je ni..

"So.. Bila Nabila nak kahwin?" sambung ibu.

Hah?? Kahwin? Apa benda kahwin-kahwin ni? Apa kaitan kahwin dengan aku? Aduh! Bodoh betul kau ni Nabila.. Mestilah ada kaitan. Umur kau sekarang dah cecah 25 tahun. Orang kata umur 25 tahun ni dah layak kahwin. Bagi normal pun, sepatutnya dah ada seorang anak. Aduh! Apa aku fikir ni? Aku tak pernah sekalipun berfikir nak kahwin. Bercinta apatah lagi.

"Nabila? Dengar tak apa yang ibu tanya?" soal ibu. Mataku terkebil-kebil.

"De..dengar.. Habis tu?" balas aku tergagap-gagap.

"Papa dan Uncle Zul cadang nak pasangkan Nabila dengan Hakim. Macam mana?" cadang papa.

"Papa! Apa ni.. Tak sukalah macam ni." ujar aku tidak berpuas hati. Ya. Aku memang pernah cintakan Hakim. Tapi, aku tak rasa Hakim akan setuju dengan cadangan ini. Aku.. Aku tak pasti! Aku takut. Aku tak nak kahwin!! Jerit hatiku.

"Tak suka? Hakim sendiri yang cakap dengan ibu, yang dia cintakan kamu. Dia tak nak kamu terlepas ke tangan lelaki lain. Dia nak bahagiakan kamu untuk selama-lamanya." jelas ibu panjang lebar. Hatiku cukup tersentuh. Benar ke Hakim berkata sedemikian? Tetapi, kenapa dia tak berterus-terang dengan aku? Kenapa dia mesti ceritakan dekat ibu? Salah ke kalau dia beritahu aje terus dekat aku? Arghh.. Terlalu banyak tanda tanya yang berlegar-legar di fikiran ku tika ini. Aku meraup muka berkali-kali.

"Nabila? Are you okay?" soal ibu. Iyalah, ibu mana tak risaukan anaknya kalau melihat keadaan yang seperti ini.

"Sorry. Give me time to think about this." balas aku. Ya. Aku rasa lebih baik aku fikirkan lagi tentang hal ini. Hatiku benar-benar bercelaru sekarang. Lebih baik aku mengambil wuduk untuk menenangkan fikiranku yang kusut ini.